Isnin, September 01, 2014


Heh! Itu hari, masa Tun keluar artikel "Menegur" pentadbiran Datuk Seri Najib, ramai yang meroyan tak tentu arah dalam laman media dan memberikan komen mereka.

Tindakan mereka itu dilihat seolah - olah teguran yang dibuat oleh Tun merupakan satu perkara paling buruk dilakukan terhadap Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri.

Secara tak lansung, macam la teguran yang dibuat oleh Tun tu terlalu sinis sehingga ada pulak orang lain terasa pedas dan tak senang duduk dibuatnya.

Nah! Sekarang, bila Tun puji Datuk Seri Najib, tak nak pulak diorang bagi komen? Tak nak pulak diorang jadikan ianya sebagai satu bahan pertikaian?
Dalam temuramah dengan Mingguan Malaysia hari ini, Dr Mahathir memuji pentadbiran Perdana Menteri bagi menangani isu MAS dan mengumumkan suntikan RM 6billion dari dana Khazanah Nasional ke dalam Malaysian Airlines.

"Khazanah sudah memperuntukkan dana RM6 bilion dan memberhentikan 6,000 pekerja. Maka kos (operasi) turunlah.

"Pemberhentian penerbangan ke tempat yang tidak ramai penumpang juga boleh mengurangkan kos. Saya ucap tahniah," kata bekas perdana menteri itu dipetik akhbar itu.
Hakikatnya, Tun "Menegur" demi penambah-baikkan dalam pentadbiran Datuk Seri Najib dimasa akan datang. Bukannya nak menjahanamkan.

Dan Datuk Seri Najib pulak memang sudah terbukti seorang yang berhati terbuka dan boleh menerima kritikan serta teguran dari orang lain termasuk dari Tun sendiri.

Jadi, tak usah la ada pulak pihak lain yang nak terasa hati dan cepat sangat melatah bila Tun buat teguran secara terbuka macam tu. Lain kali, kalau tak boleh kena tegur, jangan jadi pemimpin!!! Buat mengabihkan masa je!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping