Khamis, September 11, 2014

Akta Hasutan 1948 tidak perlu dimansuhkan sebaliknya ia boleh dipinda mengikut perubahan semasa, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
“Isu ini (gesa mansuh) dibangkitkan sekarang kerana ada kumpulan-kumpulan yang memperlihatkan bahawa Akta Hasutan ini menyekat kebebasan mereka untuk bersuara

“Oleh sebab itu, orang atau mana-mana kumpulan yang berkehendakkan kebebasan mutlak menganggap bahawa akta ini tadi sebagai satu akta yang cuba menyekat mereka untuk bersuara.

“Jadi pada saya, ini adalah satu perkara yang kita perlu jaga kerana saya melihat bahawa trend pada masa sekarang, ketegangan dalam negara ini diwujudkan oleh mereka yang terlibat dalam politik. Rakyat tidak membangkitkan perkara-perkara ini,” katanya kepada pemberita pada sidang media di sini, hari ini.
Menurutnya, meskipun Akta Hasutan ini diwujudkan pada tahun 1948 namun ia telah melalui beberapa kali pindaan mengikut kesesuaian keadaan semasa. Oleh itu, beliau berpendapat, tiada masalah sekiranya akta tersebut dipinda lagi.
“Bagi saya, kita di sini patut melindungi mana-mana undang-undang yang akan menjaga keamanan dan keharmonian serta kerukunan setiap bangsa yang tinggal di negara ini. Itu tanggungjawab kita. Itu yang kita perjuangkan.

“Akta ini walaupun diwujudkan pada 1948 tapi telah dipinda beberapa kali mengikut keadaan. Kalau kita nak menentukan keamanan terjamin, kalau kita lihat trend sudah berlainan, kita boleh pinda lagi. Memperkukuhkan lagi. Tak perlu (diganti). Masih ada ruang (pinda),” katanya.
Beliau sempat mengingatkan bahawa tidak wujud kebebasan mutlak memandangkan ada had bagi setiap yang dilakukan oleh manusia di dunia ini.
“Perlembagaan mendukung bahawa setiap masyarakat ataupun rakyat dalam negara ini bebas bersuara. Tapi kebebasan ini tadi perlu tertakluk kepada undang-undang. Tidak ada kebebasan mutlak,” katanya.
Sedangkan didalam Al-Quran pun ada menjelaskan kewujudan had tertentu dalam sesuatu yang dilakukan oleh manusia. Jadi kalau semua orang nak bebas untuk mereka melakukan apa saja, baik tak payah ada lansung undang-undang!!!
Categories:

1 ulasan:

  1. Beberapa negara dimasuki dan dicampuri US konon utk memberi kebebasan bersuara kebebasan berpolitik, hasilnya negara berkenaan jadi huru hara dan tidak aman, fikirkanlah, apa makna kebebasan bersuara tanpa keamanan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping