Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Mursyidul Am PAS, Nik Aziz ekoran tindakan parti itu menggantung keahlian dua orang ADUNnya di Selangor baru - baru ini.
Dua ADUN tersebut digantung kerana membelakangkan pendirian parti dan menyokong pencalonan Wan Azizah sebagai pengganti Menteri Besar Selangor yang baru.
Kata Si Nik Aziz, tindakan menggantung keahlian dua orang ADUN PAS itu merupakan satu keputusan yang wajar dilakukan kerana mereka telah melanggar peraturan parti.
"Kita dalam mana-mana persatuan, sama ada persatuan berbentuk politik, perniagaan, sekolah atau kerajaan, mesti patuh kepada peraturan. Nak langgar peraturan sesuka hati memang tidak betul. Jadi perlu dihukum.
"Nak gantung ke, atau apa sahaja hukuman, terserahlah kepada jawatankuasa, saya menyokong hukuman tersebut," katanya.
Selain itu, Si Nik Aziz tu juga turut mengingatkan agar mereka tidak sesekali bertindak untuk keluar dari parti kerana ianya akan dianggap satu tindakan yang 'Kurang Siuman'.
"Mahu pindah parti, itu dia punya pasal. Tetapi kalau pindah juga, ertinya dia akan berdepan dengan rakyat yang selama ini memilih dia kerana dia berkempen untuk Pas.
"Kempen untuk Pas, lepas pada itu, pergi parti lain pula. Ini orang tidak siuman kita panggil. Orang yang akil baligh mesti jaga lidah," katanya ketika ditemui pemberita semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan berehat di sini hari ini.
Sebelum ini, salah seorang ADUN yang digantung tu dengan Angkuh dan Sombong menyatakan secara terbuka bahawa dia bersedia untuk bertanding dibawah tiket DAPigs jika dipecat dari PAS.
Kenyataan tersebut dibuat dalam satu jamuan makan malam yang dianjurkan oleh puak - puak DAPigs disamping menobatkan mereka berdua sebagai "Wira" dalam isu kemelut kepimpinan di Selangor.
Hakikatnya, tak perlu tunggu diorang berdua untuk bertindak keluar parti pun sebenarnya. Cukup setakat tindakan mereka yang dilihat membelakangkan parti itu sahaja dah cukup untuk menggambarkan yang diorang ni memang 'Kurang Siuman' dan belum 'Akil Baligh'!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.