Isnin, Oktober 06, 2014

Huh? Adalah sesuatu yang memang diluar kebiasaan bagi seorang yang seperti Si Pondan tu untuk mengakui keGAGALan dia dalam perencanaan yang dilakukan.

Tapi, jika kita baca ayat diantara garisan yang cuba disampaikan oleh Si Pondan tu, kita akan nampak jelas kekecewaan yang sedang dia alami walaupun tidak diakuinya.

Jika sebelum ini, kita sudah banyak kali mendedahkan perencanaan agenda subversif yang cuba dicaturkan oleh PKR demi untuk kepentingan Politik mereka semata - mata.

Kita dah cuba dedahkan kepada umum perancangan yang dilakukan mereka untuk menghapuskan Institusi Raja - Raja Melayu melalui agenda "Langkah Kajang".

Dan kita dapat lihat hala tuju agenda tersebut apabila mereka tetap berdegil untuk mencalonkan Si Wan Azizah tu sebagai calon tunggal bagi menggantikan Khalid Ibrahim.

Soalnya, kenapa diorang nak mencalonkan Wan Azizah sedangkan diorang tau pencalonan itu akan ditolak oleh pihak Istana? Kenapa diorang masih berdegil dan enggan mencalonkan orang lain?

Itu persoalan yang perlu dijelaskan. Namun, sehingga hari ini, jawapan terhadap persoalan itu masih lagi tidak dibuat. Sebaliknya, mereka masih cuba untuk menyembunyikan Kebenaran.

Walaubagaimana pun, akhirnya kebenaran terserlah juga sewaktu agenda "Langkah Kajang" yang direncanakan GAGAL apabila Si Azmin dipilih menjadi Menteri Besar Selangor.

Dengan pemilihan itu, maka kecewalah Si Pondan tu dalam perancangan yang telah diaturkan. Agenda asalnya tidak berjaya iaitu untuk membuatkan rakyat benci kepada sistem Raja - Raja Melayu.

Kenyataan itu dapat dibuat kesimpulannya melalui kenyataan yang dikeluarkan apabila Si Pondan tu menyatakan bahawa rakyat Malaysia kini dalam "Dilema" untuk bergerak ke hadapan.
“Dilema paling besar yang kita hadapi pada saat-saat akhir adalah bagaimana untuk maju ke hadapan dan tidak melanjutkan lagi isu ini, dan keperluan mematuhi Perlembagaan supaya mana-mana keputusan tidak akan memulakan telunjuk yang negatif,” ujarnya.
Apa yang jelas, Si Pondan tu sehingga hari ini masih belum akur dengan keputusan yang dibuat dan tetap mempertikaikan kuasa Eksekutif Sultan Selangor yang diberi hak untuk memilih Menteri Besarnya.

Nah! Jika itu bukan satu bentuk penentangan terhadap sistem Raja - Raja Melayu, apa lagi yang boleh kita katakan? Apa lagi alasan yang mereka boleh berikan untuk menyembunyikan agenda subversif mereka? Hanya masa sahaja yang akan menentukannya!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping