Sibuk sangat dok asyik membela Si Ketua Penipu tu sahaja membuatkan sesetengah ahli diperingkat Cabang pun naik menyampah dengan PKR sehingga ada yang bertindak keluar parti.
Sepertimana yang dinyatakan oleh Si Azmin Ali, Menteri Besar Selangor yang baru tu sebelum ini, PKR perlu berubah dari Politik 'Anwar-Centric' untuk bergerak kehadapan.
Jika keadaan parti itu masih kekal seperti hari ini, maka parti itu takkan ke mana - mana. Malah kebajikan ahli - ahli diperingkat akar umbi pun diorang tak menjadi keutamaan.
Bagaimana mungkin diorang boleh berangan nak menjaga pemerintah jika kebajikan ahli parti sendiri pun diorang buat - buat tak tau je? Macam mana diorang nak menjaga rakyat?
Dengar kata hari ini salah seorang pengasas PKR Sarawak memberi tamparan hebat selepas mengumumkan tindakannya untuk keluar parti kerana bosan dengan Politiking parti tu.
Idris Bohari, 52, adalah Setiausaha Eksekutif pertama parti itu di negeri ini dan pernah bertanding sebagai calon PKR di kerusi Parlimen Saratok dan Santubong sebelum ini.
Idris yang sebelum ini Timbalan Ketua PKR Cabang Petra Jaya mengumumkan peletakan jawatan itu dalam surat yang beliau tandatangani sendiri dan akan diserahkan kepada Ketua PKR Cabang Petra Jaya, Baharuddin Mokhsein, esok.
"Saya akan aktif untuk membantu mana-mana badan bukan kerajaan sebagai wadah perjuangan yang baru selain memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pimpinan negeri yang sedia ada.
"Saya mengenali dan kagum akan kepimpinan telus dan berterus-terang Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem sejak beliau mengambil alih tampuk kepimpinan," katanya ketika ditemui pagi ini.
Antara lain, alasan yang diberikan juga termasuk rasa kecewanya dia dengan pergolakan dalaman dalam parti itu yang mengheret perpecahan yang ketara sehingga hari ini.
"Saya percaya lebih ramai akan mengikuti penghijrahan ini selepas ini kerana masalah dalaman serta krisis kepercayaan yang berlaku," katanya.
"Saya orang perjuangan. Tetapi kalau perjuangan kita tidak dinilai secara baik oleh platform yang sedia ada, wajar untuk kita mencari platform yang lain. Yang penting perjuangan perlu dilunaskan," katanya.
Katanya, kekecewaan lain adalah tumpuan yang tidak serius oleh pimpinan parti pembangkang itu terhadap keperluan parti di peringkat cabang dan kebajikan ahli-ahlinya. Kalau dah kebajikan ahli pun diorang boleh abaikan begitu saja, inikan pulak dengan kebajikan rakyat. Lagi la diorang tak ambik peduli!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.