Alahai! Kesiannya la dengan Si Ketua Penipu tu. Sudah la seruan dia untuk mengajak Pencacai dia turun berdemonstrasi telah disindir secara terang - terangan. Datang pulak masalah baru.
Nampak gayanya, usaha Si Ketua Penipu tu nak memburuk - burukkan imej serta kredibiliti pihak Kerajaan Malaysia dimata masyarakat dunia terus mengalami keGAGALan demi keGAGALan.
Malaysia dilaporkan telah diberi pengiktirafan selepas dipilih sebagai satu daripada lima anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dengan undian sebanyak 187 undi.
Demikian laporan yang disiarkan dalam laman media lewat malam semalam. Proses pengundian itu bermula pada 10 pagi Khamis waktu tempatan (pukul 10 malam waktu Malaysia).
Apa yang pasti, pengiktirafan tersebut bukan la satu perkara kecil yang diberikan kepada Malaysia. Sebaliknya, ia merupakan satu tugas besar yang perlu digalas dengan sebaik - baiknya.
Malaysia yang mewakili Asia Pasifik adalah antara negara yang dicalonkan bagi menduduki kerusi itu selain Angola yang mewakili benua Afrika dan Venezuela yang mewakili Amerika Selatan dan Caribbean.
Venezuela dan Angola, sama seperti Malaysia juga merupakan sebahagian dari Negara anggota Pergerakan Negara Berkecuali (NAM).
Pada pengundian itu, sebanyak 193 wakil negara anggota pertubuhan badan dunia itu, akan mengundi secara tertutup memilih negara pilihan mereka untuk menduduki kerusi berkenaan.
Malaysia memerlukan kira-kira 130 undi dari 193 negara untuk membolehkannya menduduki kerusi itu. Maka, angka 187 yang diperolehi itu membuktikan bahawa kedudukan Malaysia mendapat sokongan Majoriti masyarakat dunia.
Apa lagi puak2 pembangkang nak meroyan dan spin???? Anjing2 boleh belah atau duduk diam2 dalam gua.
BalasPadam