Jumaat, Oktober 17, 2014

Wah!!! Patut la sebelum ini Si Rafizi tu susun strategi dan buat cadangan supaya diwujudkan satu bentuk 'Kontrak' berupa ugutan diantara PKR dengan Si Menteri Besar Selangor yang baru tu. (Klik Sini)

Rupanya, memang semua yang dinyatakan oleh Si Rafizi sebelum ini adalah satu kenyataan. Si Menteri Besar Selangor yang baru tu memang sukar untuk dikawal selepas dia mendapat jawatan.

Dengar kata, Si Azmin tu telah dikunjungi oleh rombongan dari kalangan puak - puak Parti Khianati Rakyat tu dengan tujuan mendapatkan dana bagi mengadakan program untuk Si Ketua Penipu tu.

Niat diorang ialah untuk mendapatkan sedikit peruntukan agar dapat membiayai perhimpunan yang bakal diadakan pada 28 dan 29 Oktober dihadapan Istana Kehakiman di Putrajaya.

Tapi malangnya, niat diorang tu hanya disia - siakan oleh Si Menteri Besar yang baru tu kerana dia enggan menjadi 'Lembu' seperti yang pernah dilakukan mereka terhadap Khalid Ibrahim.

Sebelum ini, Si Khalid Ibrahim tu sanggup lakukan apa sahaja, termasuk menggunakan duit poketnya sendiri untuk membiayai sebarang program serta aktiviti yang dianjurkan oleh parti.

Namun malangnya, sumbangan dan pengorbanan yang dilakukan oleh Si Khalid Ibrahim tu disambut dengan penuh penghinaan yang menyebabkan dia akhirnya ditendang keluar dari parti.

Mungkin  mengambil ikhtibar dari apa yang telah dilakukan terhadap Khalid Ibrahim membuatkan Si Azmin tu bertindak lebih agresif sehingga mengejutkan anggota rombongan yang datang bertemu dengannya.

Menurut satu sumber yang didedahkan, Si MB Selangor yang baru tu tidak memberikan sebarang respon positif terhadap kempen yang dirancang untuk diadakan hujung bulan nanti.

Tetapi sebaliknya, Si Azmin tu dilaporkan telah 'mentazkirahkan' rombongan tersebut tentang isu berkaitan dengan 'Keinsafan Manusia' terhadap kesilapan lalu agar tidak diulangi.
"Azmin Ali juga turut bercakap tentang membezakan kesilapan sendiri dengan kesilapan parti. Malah mengingatkan anggota-anggota rombongan tersebut dengan kenyataan, Allah Taala tidak menjadikan taubat nasuha sebagai perkara main-main." - #Sumber
Si Azmin tu juga turut mengingatkan kepada mereka bahawa tidak ada seorang pemimpin pun yang lebih besar dari Harakah Perjuangan, termasuk la Si Ketua Penipu tu sendiri.

Maka sebab itu Si Azmin tu menyatakan bahawa PKR perlu berubah daripada perjuangan 'Person-Centric' kepada perjuangan 'People Centric'. Tapi semua tu dah terlambat. 

Kalau dah dasar pemimpin - pemimpin Pakatan Haramjadah tu semuanya berjuang demi kepentingan diri sendiri, nak ubah apa pun tak guna dah!!! Termasuk la diri dia sendiri!!! Kalau dia setakat pandai bercakap je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. bagus gaku kesalahan. tapi kalau tak bertaubaut buat jahat juga dia di parti lain, good luck Azmin!

    BalasPadam
  2. Hehehe...
    Tak sangka nooohhh
    Dulu x dak otak jual bini

    La jd MB woooo
    Tibai balik pembeli bini dia

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping