Jumaat, Oktober 31, 2014

Pihak Pendakwa saja je nak buat Bang Nun Suspen!!!
Maka itu khabarnya hari ini. Prosiding atau pendengaran kes liwat Si Ketua Penipu tu terhadap Saiful akan disambung semula pada hari Isnin oleh pihak Pendakwaan.

Apa yang dilakukan oleh pihak pendakwa hari ini hanya sekadar mengulas semula semua hujah dan fakta sekerat yang telah dibentangkan oleh peguam Si Ketua Penipu tu sebelum ini.

Hari ini, pihak Pendakwaan hanya menyentuh perkara - perkara yang berkaitan testimoni yang telah dibuat oleh pengadu, pengendalian spesimen bahan bukti serta beberapa fakta kronologi kes.

Kata Ketua Pendakwaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, dia perlu mengambil masa yang panjang untuk membentangkan fakta kes sebelum menyentuh tentang isu dan undang - undang.
"Saya perlu menerangkan konteks supaya mahkamah lebih faham tentang kemungkinan perkara ini boleh berlaku.
"Saya juga telah menyentuh tentang bahan bukti daripada lokap yang mana ia dijelaskan secara perbandingan dengan spesimen daripada P27. Ia jelas menunjukkan DNA Lelaki-Y yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar," ujar Muhammad Shafee yang hari ini cuma baru selesai membentangkan kira-kira 20 atau 30 peratus daripada keseluruhan hujahnya.
Seperti mana yang telah pun ditegur oleh Ketua Hakim Negara kepada peguam Si Ketua Penipu tu, Mahkamah Persekutuan tidak lagi mempertimbangkan hujah serta bukti yang terdahulu.

Sebaliknya, Mahkamah Persekutuan hanya menumpukan kepada aspek perundangan dan 'Point of Law'. Tapi, disebabkan peguam Si Ketua Penipu tu semuanya BEBAL, teguran tu tak dipeduli.

Kalau hari ini baru 20 hingga 30 peratus hujah yang dibuat oleh pihak Pendakwaan, maka bakinya akan dibuat pada hari Isnin. Maka memang sah la yang Si Ketua Penipu tu tak boleh tidur malam hujung minggu ni. Puas la dia meroyan tak tentu arah pulak!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Elok lah si KetUm PR merangkap Bapak Peliwat Negara tu meroyan. Lagi kuat royan dia lagi bagus. Silap haribulan Senin ni dia datang dengan kerusi wilca dan tengkok berbalut konon2nya dah nazak bebenor lah tu.....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping