Sabtu, Oktober 18, 2014

YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob sedia berbincang dengan Menteri Besar Selangor yang baru, Mohamed Azmin Ali berhubung projek penyaluran air mentah dari negeri ini ke Selangor.

Beliau berharap pertemuan itu akan dapat memastikan kelancaran projek Langat 2 kerana ianya adalah untuk menjaga kepentingan rakyat secara keseluruhannya.
"Saya tiada masalah untuk mengadakan pertemuan dengan beliau (Azmin) dan kalau boleh kita akan bincang pelbagai perkara dalam pertemuan itu nanti.
"Apa yang penting, kita ingin memastikan kepentingan rakyat di kedua-dua negeri terjamin dan tiada masalah lain timbul," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.
Beliau ditemui selepas merasmikan program Bulan Bahasa Kebangsaan dan Karnival Bahasa Jiwa Bangsa 2014 peringkat Pahang di Dewan Astaka, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kampus Gambang di sini pada Jumaat.

Kenyataan tersebut dibuat selepas diminta mengulas permohonan Negeri Selangor yang mahu penstrukturan semula industri air Negeri itu yang tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kepada umum.

Sebelum ini, Azmin berkata pihaknya pernah mencadangkan kepada Khalid Ibrahim, bekas Menteri Besar Selangor supaya semua perjanjian yang ditandatangani tidak tertakluk kepada Akta OSA.

Dalam pada itu, Adnan enggan mengulas berhubung permohonan Mohamed Azmin supaya perjanjian penstrukturan semula industri air di Selangor didedahkan kepada umum kerana perkara itu tertakluk di bawah kuasa kerajaan Pusat.

Namun, Adnan berkata beliau sedia berbincang dengan Mohamed Azmin pada bila-bila masa mengenai projek penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping