Sabtu, Oktober 18, 2014

Kadang kala kesabaran dikalangan manusia ni pun ada batasnya juga. Mereka termasuk la dikalangan pemimpin - pemimpin PAS tu sendiri. Diorang pun ada jugak yang masih bergelar manusia.

Jadi, tak heran la sekiranya kepimpinan PAS Terengganu mula hilang akal sebab seringkali dipermain - mainkan oleh puak - puak PASMa-Cai ni. Mungkin tahap kesabaran mereka sudah sampai kemuncak.

Maka sebab itulah PAS Terengganu mencabar ahli - ahli serta pemimpin PASMa-Cai tu untuk keluar daripada PAS itu dan menubuhkan parti baru jika mahu menjadi sebagai platform mengkritik parti.

Pesuruhjayanya, Satiful Bahri Mamat berkata, dengan meninggalkan PAS, NGO berkenaan dapat membuktikan sejauh mana PasMa dapat berdiri teguh dengan aliran baru yang dibawa kepada ahlinya.
“Kita cabar dia keluar PAS, buat parti baharu supaya orang boleh lihat kredibiliti dia. Jangan tumpang atas nama PAS tetapi merosakkan imej pimpinan dan mengkritik Majlis Syura Ulama.
“Kewujudan PasMa menyeleweng daripada NGO yang membantu PAS, kerana boleh memecahbelahkan PAS,” katanya kepada akhbar Sinar Harian.
Majlis Syura Ulama pada Ahad mengeluarkan arahan kepada semua ahli PAS agar tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh PASMa-Cai sebelum ini.

Arahan tersebut dikeluarkan selaras dengan peringatan yang dibuat oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang tidak mahu wujud jemaah dalam jemaah dan parti dalam parti. (Klik Sini)

Namun, arahan tersebut telah dipertikaikan oleh Si Phahrolrazi dalam satu kenyataan sambil menyifatkan Majlis Syura Ulama PAS tidak mempunyai kuasa untuk bertindak sedemikian. (Klik Sini)

Setakat ini, boleh dikatakan semua Pesuruhjaya PAS Negeri menyatakan bantahan serta melarang ahlinya terlibat dengan PASMa-Cai ni secara terang - terangan. Ianya termasuk la Pahang, Kelantan, Perak, Melaka, Johor dan Terengganu.

Persoalannya sekarang, adakah pihak Jawatankuasa PAS Pusat masih lagi mahu bertindak menghalalkan gerakan NGO tersebut atas dasar Kebebasan Hak Asasi atau pun adakah mereka akan mengharamkan pertubuhan tersebut? Kalau setakat main cakap mulut je, baik tak payah mengabihkan masa!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping