Khamis, Oktober 09, 2014

Menurut laporan "Global Data Leakage" terdapat 654 kebocoran maklumat sulit yang direkodkan dan dilaporkan dalam separuh pertama tahun ini, 32 peratus lebih tinggi daripada tempoh yang sama tahun lepas.

"Daripada 71 peratus kes maklumat yang melibatkan kakitangan syarikat, 69.2 peratus oleh kakitangan yang masih bekerja manakala 1.4 peratus bekas pekerja," kata Pengarah Jualan Antarabangsa Infowatch Group, Vadim Kuznetsov dalam satu kenyataan.

Beliau berkata kira-kira 450 juta rekod telah terjejas termasuk data peribadi dan kewangan dalam pelbagai sektor dengan anggaran 89 peratus kebocoran maklumat melibatkan data peribadi.

Kebocoran data langsung melibatkan 83 peratus sebagai kes kompromi maklumat, 11 peratus sebagai kebocoran direkodkan berkaitan dengan kakitangan menggunakan jawatan mereka bagi kepentingan peribadi dan lima peratus sebagai kebocoran akibat daripada kakitangan memperoleh hak akses yang lebih besar kepada maklumat, katanya.

Kuznetsov berkata laporan itu juga mendedahkan bahawa Amerika Syarikat berada di senarai teratas dari segi bilangan kebocoran data global dalam separuh pertama tahun ini dengan 417 kes dilaporkan, diikuti Russia (96 kebocoran) dan United Kingdom (41 kebocoran).

Beliau berkata perangkaan dalam laporan itu jelas menunjukkan bahawa kebocoran menerusi saluran tradisional seperti surat, emel, dokumentasi kertas, kecurian dan kehilangan peralatan masih menyumbang sebahagian besar daripada kebocoran secara tidak sengaja.

Laporan Infowatch itu berdasarkan kepada pangkalan datanya sendiri, yang dikemas kini sejak 2004, dan meliputi kebocoran maklumat yang berlaku dalam organisasi akibat daripada tindakan tidak sengaja atau sengaja kakitangan, dan dilaporkan dalam media atau sumber-sumber umum.

PS: Sejak wujudnya Pakatan MUNAFIK tu la yang menyebabkan ramai kakitangan ni suka pecah amanah. Patutnya, jenis kakitangan macam tu pecat je terus dari jawatan dia.

Biar dia merempat ditepi jalan. Paling tidak, dia meroyan kat atas jalan raya dan menuduh Kerajaan Zalim dan sebagainya. Tapi hakikatnya, diorang tu sendiri yang suka ikut perangai MUNAFIK!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping