Selasa, Oktober 21, 2014

PASMA ni tak serupa macam Pasemboq ka???
Huh? Herankan. Sejak bila pulak Ketua Penerangan PAS Pusat ni boleh hilang suara? Bukan ke selama ini dia cukup handal menghentam orang lain kiri dan kanan.

Tapi, bila tiba cerita bab PASMA (sebut PASMa-Cai) ni, terus Si Mahfuz Bean tu terdiam kaku. Tak berani walau sepatah ayat pun nak dikeluarkan dari kerongkong dia tu.

Kenapa dia tak buat ulasan mengenai kewujudan Pertubuhan Bukan Kerajaan tu? Kenapa dia hanya mendiamkan diri sedangkan orang lain sudah memberi pandangan masing - masing?

Tindakan mendiamkan diri itu mula menjadi tanda tanya dikalangan ahli serta penyokong - penyokong PAS sendiri. Ianya hanya mengundang spekulasi dan persepsi negatif dikalangan mereka.

Sebelum ini, bekas Pengarah Urusetia Unit Penerangan PAS Kedah, Zulkifli Yahya dalam satu kenyataannya di akhbar rasmi parti itu menegaskan pandangan supaya PasMa dibubarkan saja.

Menurut Zulkifli, meskipun badan bukan Kerajaan itu membuat penggakuan secara terbuka bahawa ianya bukan merupakan sebuah pertubuhan bukan politik, tetapi tindak tanduk yang ditonjolkan adalah sebaliknya.

Kecenderungan yang dipamerkan hanya membicarakan tentang politik dan menjadikan agenda menghentam kepimpinan Presiden PAS sebagai tumpuan utama mereka pada ketika ini.
"Sebelum nasi menjadi bubur, eloklah PasMa sedar bahawa bagaimana mulia dan murni pun niatnya tetapi kehadirannya akan membawa lebih banyak mudarat terhadap PAS sebagai jemaah Islam. Elok bubarkan saja PasMa," kata Zulkifli yang dipetik dari Harakah, sebelum ini.
Jika perkara itu berterusan, Si Mahfuz Bean tu tak boleh marah sekiranya ada pihak yang kaitkan dia dengan gerakan PASMa-Cai tu secara sembunyi - sembunyi untuk menjatuhkan Hadi Awang. Jangan lepas ni dia bising pulak kata orang sengaja tabur fitnah nak memburukkan diri dia pulak!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. mr bean kata....pasma tu apa ? sejenis kueh raya ka ?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping