Rabu, Oktober 15, 2014

Katakan lah apa pun, tapi memang itulah hakikatnya. Perkara itu memang tidak dapat dinafikan oleh puak - puak Parti Khianati Rakyat tu untuk terus menipu rakyat.

Langkah mereka menjadikan Si Rafizi Ramli sebagai Setiausaha Agung menggantikan Siputdin bukanlah satu tindakan yang bijak. Sebaliknya, ianya hanya memburukkan lagi imej parti.

Rata - rata penyokong Pakatan diperingkat akar umbi jelas kecewa dengan tindakan tersebut yang dilihat seolah - olah PKR tidak mempunyai barisan kepimpinan yang mantap untuk jawatan itu.

Ianya bukan soal sama ada boleh atau tidak Si Rafizi tu menggalas dua jawatan tertinggi dalam parti sekali gus seperti mana yang dijelaskan oleh Si Ketua Penipu tu sebelum ini.

Tetapi ianya berkaitan dengan imej negatif berikutan perlantikan tersebut. PKR kini mula dilihat ketandusan pemimpin yang berkebolehan yang mampu menggalas amanah dalam parti.

Macam dah tak de orang lain yang nak diberikan jawatan Setiausaha Agung tu sedangkan Si Rafizi tu dah dapat jawatan Naib Presiden melalui pemlihan parti yang lalu. Itu yang menjadi persoalannya.

Malah, kaedah bagaimana Si Rafizi tu menang dalam pemilihan yang lepas juga masih meninggalkan persoalan dikalangan ahli serta penyokong - penyokong Pakatan.

Bagaimana mungkin dia yang jauh ketinggalan dalam pungutan undi boleh merampas kedudukan terakhir bagi jawatan tersebut disaat - saat akhir? Adakah proses pemilihan yang dijalankan sebelum ini telus?

Kalau semuanya dijalankan dengan betul, kenapa masih ada lagi yang buat laporan mengatakan proses pemilihan itu diselubungi Penyelewengan, Penyalahgunaan Kuasa dan amalan rasuah yang berleluasa?

Tidak cukup dengan isu mengenai jawatan Naib Presiden itu sahaja yang menjadi pertikaian dikalangan penyokong PKR. Malah isu mengenai agenda Langkah Kajang juga turut dibangkitkan.

Apa yang pasti, agenda yang direncanakan oleh Si Rafizi untuk menggugurkan Khalid Ibrahim jelas telah membawa perpecahan serta perpaduan dikalangan ahli - ahli PKR sendiri.

Maka sudah tentu kedudukan serta kerdibiliti dan kemampuan Si Rafizi tu untuk menjadi Setiausaha Agung wajar dipertikaikan oleh mereka diperingkat bawahan. Tapi itu lah lumrahnya dalam PKR. Siapa yang pandai 'Hisab' Si Ketua Penipu tu, maka dia la yang akan naik ke atas!!!
Categories: ,

7 ulasan:

  1. Habis dah cabut yang tinggal hanya beberapa kerat yang tak cerdik pun hanya pandai mengmpu aja.

    BalasPadam
  2. Tak sudah2 selongkar kain pakatan haramjadah ni....come on bro...post2 mcm ni yg jadi backfire kat UMNO/BN balik

    Sorry wa bagi contoh....si A dari ADUN naik jadi MB...bersara MB jadi YDP Negeri...memerintah negeri berdekad2 seumpama sultan....ada pula dah bersara MB naik pulak jadi YDP negeri...negeri lain....anak tempatan dipinggirkan...lihat saja Serawak dan Melaka

    Ada pulak...dah jadi menteri...turun dari menteri jadi Presiden/Penasihat/Penaung badan2 berkanun....paling2 lekeh jadi duta/konsulat kat negara luar...jadinya pemimpin UMNO ni dah jadi kemaruk nak jawatan...tak puas2 pegang jawatan mcm tak ada orang lain yang layak, sebab semuanya berlandaskan politik...ada bau2 bacang akademik sikit layaklah jadi menteri...mungkin ini sebab sebenar berlaku banyak ketirisan dalam kewangan kerajaan !!!

    Ada pulak jadi pemimpin mcm si B pakai tangga emas....because of somebody....dia menjadi2....tak sampai sedekad dlm politik UMNO dah jadi menteri, timbalan menteri, pengarah .....kesihannya si C...si balaci berdekad2 berjuang dlm UMNO cuma layak duduk jadi AJK cawangan !!!!....inilah komando yg rela 'berkorban' segalanya untuk memastikan si A dan B kekal dipersada kuasa !!!....balasannya...sekotak rokok, duit petrol dan duit poket untuk belanja anak buah di warung2 marhaen tepi jalan....nak 'makan' best sikit, tunggulah musim pemilihan cawangan/bahagian

    Come on admin...ini penyakit warisan yg membarah dlm UMNO....inilah yg menyebarkan virus berpuak2....ramai yg tahu betapa parahnya penyakit ini di pelbagai peringkat UMNO ....dari cawangan...bahagian hinggalah kebangsaan....dulu mungkin ada team A dan B....sekarang dlm satu negeri kadang2 ada samapai team D

    Kalau tidak masakan Selangor dapat kepada pakatan haramjadah, Ketua AMK Melaka, budak hingusan berjaya kalahkan tycon, MB dan KP N9 apa cerita ???...Terengganu cukup makan dlm PRU13....SO kalau nak ikut hieraki mana lebih teruk ????....UMNO BERUBAHLAH !!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ambo setuju dgn pendapat dan komen demo tu..Umno tak perlu berubah tapi yg sepatutnya berubah ialah org2 yg GILA kuasa didlm Umno..sbb org2 yg mcm ni lah yg akan menjadi PEROSAK bangsa...

      Padam
  3. Haha...kekasih nombor satu dah jadi MB. Kekasih nombor 2 yang tembam pulak dijadikan Seitausaha Agung.
    Tak tahu berapa ramai yang lain mendapat jawatan setelah "dikasihi" oleh RAJA PENIPU.
    Kronisma yang TERANG MENDERANG macam ni, anjing2 pkr tak nampak ke???

    BalasPadam
  4. Barang masih baguih punya, kemut pun masih mencengkam lagi. Mestilah peliwat tu masih sayang. Dia tak kisah pun pasai PR yang dah nak berkubur ni. Geng PAS pun dah tersedar dengan siapa mereka berkawan. Kalau UMNO tu teruk, ini lagi teruk punya haprak. Tak ada apa-apa langsung yang diperjuangkan. Rasuah depa lagi hebat, Nepotisme nombor satu, Kronisme jangan ceritalah, Perjuangan agama tak ada, bangsa dan negara sanggup digadai asal tercapai cita-cita sendiri.

    BalasPadam
  5. setujuuuu.....sesangat dgn pandangan&pendapat korang...yg jadi musykil....mereka2 ni baca ke komen2 kat sini??

    BalasPadam
  6. Jangan lah kutok UMNO berlebihan sangat tapi PR apa kurang 2×5 . Dia belum perintah Malaysia dah berlaku banyak hal . Org dah mendatangkan banyak masalah dlm parti diberikan pangkat yg lebih tinggi dlm parti.. Orang PR cakap saja pandai tapi abuk pun tiada atau cakap tak serupa bikin. Aaaahh !!!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping