Heh! Sama ada ianya satu kebetulan atau pun satu tindakan yang terancang, tak dapat kita nak dipastikan perkara ni. Tapi, nampak macam canggung sikit kenyataan yang diberikan.
Semalam, sewaktu merasmikan satu majlis bersama pihak media, Timbalan Menteri Belia dan Sukan menegaskan mengenai keutamaan dalam melaporkan berita berlandaskan fakta.
KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Pengamal media disaran lebih memberi fokus pada penulisan berbentuk fakta berbanding penulisan secara persepsi.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M.Saravanan yang juga Naib Presiden MIC berkata ini kerana cabaran teknologi pada hari ini memerlukan pengamal media lebih kreatif dan bersaing dengan media baharu yang lain.
"Kita tahu, untuk menghasilkan berita terbaik sekarang pengamal media perlu berhadapan pelbagai cabaran, jadi fokus kepada fakta, bukan berita sensasi," katanya ketika berucap di sambutan Malam Warna Warni Deepavali Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) 2014 di ibu negara, Ahad malam.
Persoalannya, adakah perkara itu sudah diabaikan oleh pengamal media pada ketika ini? Kalau pengamal media sosial tu, kita tak pelik sangat. Diorang menulis memang tak de etika.
Semuanya main 'Sembrono' je buat tulisan dan memuat-naikkan status masing - masing tanpa berfikir panjang. Tapi, yang lain macam mana? Masih berpegang pada etika ke diorang?
Jika kita baca dalam ruangan pojok seorang kolumnis "Tersohor" semalam, nampak gayanya dia tidak merujuk kepada fakta. Dia tulis ikut sedap hati dia je tanpa merujuk kepada keadaan sebenar.
Apa yang ditulis dan ulas dalam ruangan tersebut jelas hanya satu andaian berdasarkan kepada apa yang dia dengar melalui 'hearsay' semata - mata. Dia sendiri pun tak de ditempat kejadian.
Jadi, bagaimana mungkin dia boleh buat kenyataan dan kemudian ianya disiarkan didalam akhbar sedangkan isu sebenar yang berdasarkan kepada fakta lansung tidak disentuh oleh Si Penulis?
Nak tulis teguran kepada pemimpin, bukan tak boleh. Boleh sesangat beb. Itu kita tak halang. Tapi biar la ianya dibuat dengan secara berhemah dan mengikut etika kewartawanan. Jangan main hentam ikut suka hati. Penyudahnya nanti, diri sendiri jugak yang malu!!!
PS: Nak baca fakta, klik kat sini.
Yang paling penting meneliti fakta ialah pihak berkuasa sendiri,dan setip fakta mistilah di dedahkan,barulah di katakan telus.Bila di soal pihak media sedaikan segala data dan fakta,bukan berselindung di sebalik 'nanti saya teliti ','saya belum dapat infomations'....ha,ha, dan dekat 20 tahu jadi MB ,atau menteri atau pentadbir fakta masih tak ada dalam kepala.Sepatutnya kalau kita jadi pentadbir, kes-kes istimewa misti sentisa dalam pengetahuan kita,kalau semuanya kita anggap sama,itu maknanya kita tak sensitif dan tak pandai set priority.
BalasPadamAkhirnya TPM dah bersuara... MB Adnan patut malu... eloklah Adnan pakai seluar dalam kat kepala macam pegawai kastam lakukan dimahkamah... Pahang dibawah jagaan Adnan tetapi TPM pulak yang bersuara dan mengarahkan agar operasi pembersihan untuk PATI dan rasuah dijalankan besar-besaran di Cameron... apa yang Adnan buat sebagai MB sehingga Pusat pulak yang keluarkan arahan.. buat malu orang pahang je Adnan ni..
BalasPadamTentang bagaimana lapuran akhbar melaporkan adalah soal ke lapan belas yang penting tentang kebenaran dan kesahihan lapuran tu.. kalau tak betul tak kan TPM bersuara... tak kan nak kena berpuisi dan bersajak yang penuh dengan metafora untuk melapurkan kemungkaran... Kemungkaran tetap kemungkaran tak kira bagaimana berita itu dilapurkan...
yang penting kemungkaran mesti di benteras dan diperbetulkan keadaan ini.. dicadangkan agar MB Adnan pergi belajar bagaimana nak handle situasi dengan MB Zambri ( isu mafia kuala sepetang , penyeludupan , pembalakan haram , penerokaan tanah haram) dan KPN Khaled ( isu judi haram)..
Yg paling penting dalam meneliti fakta ialah pemimpin? Betul dah tu Maka sebab itu bila ada yang tanya 'On The Spot' pemimpin kena refer dulu kepada statistik supaya tak salah fakta. Kalau salah fakta, media serang jugak. Tak gitu?
BalasPadamRasanya tak perlu nak bandingkan dengan orang lain kot. Sebab kalau ditanya, MB Perak dah selesai belum isu Mafia Kuala Sepetang? Tak selesai jugak kan. Dah berapa lama isu tu timbul? Lama jugak kan. Kenapa tak selesai? Tunggu TPM jugak ke selesai?
KPN Khaled nak selesaikan isu judi Haram? Dah selesai ke kes tu? Tak selesai jugak kan. Kes tu bukan hari ni baru timbul. Tapi dah lama beb.
Oh! Ini soal cara diorang handle sidang media ek? Dah tengok ke macam mana MB Pahang kendalikan sidang media baru - baru ni? Anon ada dalam sidang media ke masa tu? Kalau tak de, tak payah nak cakap banyak la...
Kalau kata MB Pahang marah, tak de der orang keluar dari bilik sidang media tu sambil ketawa bagai... dah tentu muka merah sebab kena marah...