Mungkin itu sebabnya Si Menteri Besar Selangor yang baru tu tak de ambik apa - apa tindakan untuk mengatasi banjir kilat yang melanda Kajang lewat petang tadi kot.
Kejadian tu berlaku bukannya baru hari ini. Tapi dah banyak kali ianya berulang dikawasan tersebut. Kalau dilihat dan diperhatikan, isu tu masih tidak ada sebarang tindakan yang diambil.
Jadi, adalah mustahil bagi seorang Menteri Besar untuk mengabaikan kejadian itu dan anggap ianya satu isu remeh jika hendak dibandingkan dengan lambakan sampah di Selangor.
Nak pulak kawasan tu kawasan Presiden PKR sendiri. Jadi, takkan sebagai seorang Timbalan Presiden, Si Menteri Besar tu boleh buat - buat tak tau je dengan apa yang melanda.
Lain la kalau dia tak kenal dengan ADUN Kajang yang juga merangkap Presiden PKR tu sendiri. Boleh jugak dia bagi alasan kata dia tak ambik tindakan sebab dia tak kenal Wan Azizah.
Atau mungkin Si Menteri Besar Selangor yang baru tu terlalu sibuk menguruskan isu mengenai lambakan sampah yang menimbun - nimbun sehingga tak nampak apa yang berlaku depan mata.
Mungkin bagi Si Menteri Besar Selangor yang baru tu, isu sampah lebih penting dari nak mengatasi masalah banjir yang sering melanda kawasan Kajang serta kawasan sekitarnya.
Tapi, itu tidak membenarkan dia untuk tidak mengambil isu tersebut sebagai satu isu yang remeh sedangkan ianya melibatkan rakyat secara keseluruhan. Perkara itu yang perlu diberikan perhatian.
Dan dalam masa yang sama, Si Menteri Besar Selangor yang baru tu jugak dok sibuk cerita pasal konsesi bekalan air mentah sedangkan masalah depan mata dia sendiri pun masih GAGAL untuk diselesaikan.. Kalau asyik nak cari salah orang je, tak jadi kerja la jawabnya!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.