Memang mulia sungguh orang Malaysia ni. Bila dihina dan dimaki hamun pun masih lagi boleh terima dengan hati yang terbuka. Memang boleh jadi masyarakat contoh.
Kalau baca pendedahan yang dibuat dalam blog Cucu Tok Selampit, memang kita boleh lihat keluhuran serta sifat murni orang Malaysia melayan mangkuk Ayun macam Si Fahmi Fadhil tu.
Sampai tahap, dihina orang Sabah dan memperbodohkan budak - budak yang belajar Universiti lain pun masih tidak ada sebarang tindakan yang dikenakan ke atas diri dia sehingga hari ini.
Selepas menghina Rakyat Sabah yang berniaga di Gaya Street, mengelarkan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai bodoh, kini 'toy boy' KETUM Anwar Ibrahim kembali dengan mengelarkan mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) juga sebagai bodoh?
Penghinaan terhadap orang Sabah |
Siapa Fahmi Zainol ni? Sudah habis belajarkah beliau di Universiti Malaya sehinggakan meroyan mengelarkan orang sana sini sebagai bodoh? Atau beliau hendakkan publisiti murahan untuk menjadi terkenal seperti Adam Adli dan Safwan Anang untuk memikat hati KETUM?
Rakyat tidak bodoh memikirkan bagaimana seorang pelajar biasa yang mendapat tajaan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) boleh ke sana ke sini untuk menghasut mahasiswa Universiti menentang Kerajaan kalau beliau dan dua tiga orang macai lagi tidak ditaja oleh pihak tertentu.
Lambat pulak pihak Universiti Malaya untuk membuang pelajar berkenaan dan pihak JPA untuk menarik balik biasiswa Fahmi Zainol ini. Tidak cukup kuatkah dakwaan menganjurkan program yang tidak diluluskan oleh pihak Universiti Malaya dan membuat huru hara dan merosakkan harta benda universiti?
Mungkin sebab itulah orang PAS pun boleh buat rileks je bila diorang kena maki hamun dan dicaci cerca oleh puak - puak DAPigs serta PKR. Biar pun diperlakukan macam lembu, diorang boleh buat diam je.
Tapi kalau dengan PAS, kita tak pelik sangat beb. Diorang memang selama - lamanya sanggup jadi Pak Angguk Saja demi untuk memenuhi kepentingan peribadi pemimpin masing - masing. Jadi, diorang tak berapa kisah sangat kalau kena maki hamun tak tentu arah!!!
minta tolong sesiapa yg mampu untuk membeli tanah yg berpotensi ini. http://tanahpuchong.blogspot.com mohon perhatian tuan & rakan
BalasPadam...orang yg gila tak pernah mengaku gila....begitu juga org bodoh, tu lah sibuk fahmi ni menghamun sana sini. Lagi pun kalau mcm dia ni, ini macam 'atas arahan'....maklum aje lah.
BalasPadamDia dah jadi 'wet boy' & dlm masa sama umpan nak nyalakan api!