Rabu, November 05, 2014

Pihak PEMBELA (Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam) memandang serius kenyataan media yang dibuat oleh beberapa pihak dengan motif untuk mencabar Majlis Fatwa Negeri Selangor dan Majlis Agama Islam Negeri Selangor berikutan pewartaan Fatwa Mengharamkan Pertubuhan berkait Islam Liberal di negeri Selangor.

Sebagai sebuah badan berotoriti dan diberi kuasa untuk menjalankan tugasan mereka di bawah undang-undang negeri dan negara, kuasa untuk mewartakan serta menguatkuasakan fatwa adalah selari dengan undang-undang sedia ada.

Kemunculan pihak-pihak yang kebanyakannya bersuara bagi menjalankan agenda asing untuk negara ini sejak sekian lama telah cuba mengganggu gugat sistem sedia ada untuk motif jangka panjang pihak-pihak tertentu.

Agenda mencairkan pegangan Islam di kalangan penduduk Malaysia yang taat dan setia kepada akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) cuba dijalankan secara terancangan melalui bantuan luar.

Nama-nama agensi luar negara seperti RAND Corporation, National Endowment for Democracy (NED),National Democratic Institute (NDI), Council of Foreign Relation (CFR), Konrad Adeneur Foundation (KAF) dan pelbagai agensi asing yang sentiasa cuba masuk campur di dalam urusan negara ini.

Satu per satu pihak-pihak yang cenderung dengan agenda memperkasakan agenda SEPILIS (Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme) di dalam negara muncul mendedahkan warna perwatakan mereka melalui sokongan yang diberikan SIS Forum Sdn. Bhd.

Satu rahmat bagi Malaysia apabila perwatakan yang selama ini disembunyikan, kini didedahkan mereka melalui sokongan tidak berbelah bahagi kepada tindakan SIS Forum Sdn. Bhd., syarikat swasta yang ingin membuat semakan kehakiman ke atas fatwa yang dikeluarkan MAIS. - seterusnya...

PS: Cukup la di Malaysia ni setakat ada seorang Peliwat. Jangan yang lain dijangkiti penyakit SEPILIS tu pulak!!! Jahanam rakyat Malaysia dibuatnya!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping