Khamis, November 06, 2014

Hujan lebat berterusan dan kenaikan paras air Sungai Ringlet di sini menyebabkan banjir lumpur yang menjejaskan lebih 20 rumah penduduk selain merosakkan beberapa kenderaan.

Difahamkan sehingga kini sekurang - kurangnya dua orang penduduk sekitar kawasan tersebut cedera ringan dalam kejadian yang mula dilaporkan sejak lewat petang tadi.

Antara kawasan penempatan terjejas teruk dengan banjir lumpur yang mencecah hampir paras lutut itu ialah Pekan Ringlet, Kampung Baru Ringlet dan juga Kampung Ulu Merah.

Kawasan terjejas hanya terletak kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian banjir lumpur di Lembah Bertam yang mengorbankan empat nyawa pada 23 Oktober lalu.
Dalam kejadian tahun lalu, empat orang terbunuh selain aliran air yang membawa sampah sarap, pokok dan pasir itu turut menyebabkan 80 rumah di tebing sungai terjejas, serta memusnahkan puluhan kenderaan, kedai dan Surau An Nur Lembah Bertam.

PS: Lepas didakwa "Banjir" dengan kedatangan warga Bangladesh, sekarang banjir lumpur pulak yang datang. Kes pasal Bangla tu, nanti kita cerita kemudian ek.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping