Presiden, Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Datuk Yusof Haslam menyifatkan kenyataan aktres Wardina Safiyyah menyalahkan filem-filem gengster tempatan sebagai punca terjadinya kes buli melibatkan pelajar sekolah di negara ini merupakan pendapat yang tidak matang.
Yusof berkata, sepatutnya sebagai seorang yang berpelajaran seperti Wardina, dia perlu berfikiran luas dan tidak menuding jari pada satu pihak tanpa mengkaji dahulu punca-punca gejala sosial itu berlaku.
"Saya tidak setuju dengan kenyataannya itu kerana ia lebih berunsur emosi tanpa berfikir secara matang. Dia melihat pada skop di satu pihak sahaja.
"Kita juga sedia maklum, masalah gejala sosial ini sudah lama berlaku dan secara logiknya, adakah patut filem tempatan kita dipersalahkan?
"Bukankah banyak lagi akses lain yang lebih mudah terutamanya menerusi Internet untuk golongan remaja zaman kini untuk menonton video-video yang tidak sepatutnya?," soalnya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.
Wardina menerusi laman Facebook miliknya pada Khamis meminta agar penerbit filem-filem berunsur gengster supaya bertanggungjawab terhadap kes buli melibatkan pelajar sekolah yang semakin berleluasa di negara ini.
Wardina berkata, kebanyakan filem gengster yang ditayangkan memberi inspirasi kepada penonton untuk melakukan tindakan ganas sama seperti pelakon-pelakon popular di layar lebar.
Sementara itu. Yusof berkata, kenyataan Wardina itu dapat menjejaskan lagi industri perfileman negara yang sememangnya sedang 'nazak'.
"Kenyataan dia ternyata telah mengguris kebanyakan penggiat filem negara ini. Kalau orang negara luar tahu tentang isu yang timbul ini, mereka akan gelak, buat malu orang Malaysia saja.
"Ini kerana secara logiknya, filem-filem ganas tidak ada nilai untuk ditiru aksinya berbanding video-video di internet, di mana kanak-kanak pun boleh buka dan menontonnya jika tiada kawalan daripada ibu bapa," tegasnya. - seterusnya...
PS: Memang tak silap orang bagi anggapan, sel - sel otak Si Wardina tu yang tak berkembang. Dia yang kena banyak minum susu!!!
Di tahun dan era 50an 60an bukankah filem Melayu sudahpun menayangkan keganasan dengan watak samseng yang lebih ganas dan berkesan seperti lakonan mahmud june, salleh kamil dan sebagainya.... Berbanding dengan pelakon sekarang...kita pun tak tahu siapa ikon ganas..
BalasPadamWardina terminum susu xpired...
Kenyataan Wardina itu BETUL.
BalasPadamYusof Haslam perlu mencari kebenaran dan logik serta sebab musabab yg neutral kenapa ramai ibubapa (yg perihatin) bertungkus lumus untuk memastikan environment masyarakat selari dengan pembangunan ilmiah serta modal insan anak-anak Melayu Islam khasnya.
Adalah sukar untuk berbicara dengan sesiapa juga mengenai masalah sosial yg sangat dipengaruhi oleh elements hiburan yang tidak berbatas.
Lihat sahaja perlakuan artis-artis Melayu Islam yang membuka aurat atas alasan HAK PERIBADI.
Perhatikan sahaja program-program TV .. baik tempatan mahupun luar negara yg mempunyai muslihat HALUS memesongkan akidah Islam.
Cuba perhatikan program GLEE umpamanya, cuba mempengaruhi anak2 kita untuk menerima gejala LBGT.
Yusof Haslam dan pengiat seni, harap dapat menerima pandangan masyarakat dari pelbagai sudut.
Jangan alpa dan khayal cari duit dan keseronokan atas alasan pembangunan seni yang terpesong.
AG
Yes,artis kita kebanyakan mmg be masalah dlm menjaga aurat. Tapi tak boleh salahkan pembikin filem semata. Banyak lagi rancangan2 keagamaan yg diterbitkan, dari rtm smpai la ke astro. Dari subuh sampai la sepertiga malam. Yg jd masalahnya, budak2 yg lahir skrg gagal guna akal dgn betul. Tambah pulak dgn mak bapak yg sibuk kejar dunia semata nk cukupkan keperluan hidup kononnya. Smpai tutup rezeki org lain. Lastnya,mak bapak tak daya nk pantau anak ketika menonton tv atau wayang.
PadamPanduan tontonan pun selalu diberi.
U,18SG,18PL..mak bapak kena la main peranan. Ambik berat pasal benda yg nmpak remeh ni. Jgn asyik dgn dunia je..tak ingat mati ke?
Cuba faham betul2 mesej yg cuba disampaikan pembikin filem dlm filem2 gangster contoh nya..kena tgk dari awal smpai habis la. Apa punca wujudnya gangster ni,apa sebab org lemah iman pilih jd mcm tu,mcm mana kehidupan dlm gangster,apa akibatnya..
Ending filem jelas tunjukkan akibatnya buruk semata. Hilang keluarga,hilang kawan,jd pelarian,diburu polis.. Akhirnya balik pada realiti hidup ni yg berlandaskan agama,undang2.. Seorang gangster pun akhirnya akan sujud pd Maha Pencipta. Yg angkuh,samada mati dihukum atau mati dijalanan.
Senang cita,kalau nk tgk cita yg mcm ni,kena ada org matang yg mampu pandu anak melalui filem yg ditonton tu. Ini lepas hbs tgk wayang,gi makan. Pastu memasing bukak fb,update status. Kalau kt rumah lak,anak tgk la tv sorg2. Kalau mak bapak ada,dok dlm bilik buat lg sorg anak jahil yg takkan dididik pun nnt.
Malang nya manusia pendek akal..hmm
Budaya "ragging" ini sudah lama berlaku. Satu waktu dulu, ia sampai ke kemuncak atau ekstrim di mana kerajaan terpaksa campurtangan sehingga "minggu suaikenal" di praktikkan secara berhemah dan mengikuti program di rangka sehingga sekarang.
BalasPadamMasaalah yang ketara ialah warden asrama tidak memantau rapi. Jika mereka bertugas mengikut disiplin, perkara sebegini mungkin boleh di kawal kepada tahap minima. Apa-apa pun pendidikan dan pembelajaran yang mematuhi disiplin amat penting di utamakan, bukan di biar mengikut jiwa anak-anak yang berfikiran selorong.
Keperihatinan dan sikap semua terlibat perlu di gerak-sarafkan.
Sel sel otak nya belom brhubong, Banyak banyak minum susu. Wardina ada masaalah dalam keluarga. AGAK NYA.
BalasPadamada betul juga cakap wanita ini, kita sudah lupa ke macam mana samseng india menjadi jadi, samseng cina menjadi jadi....antara sebab nya filem filem dari india dari hong kong yang banyak memaparkan adengan samseng samseng...semua nak jadi bruce lee...pantang di usik keluarlah silat china dia, begitu juga filem tamil...samseng pukul pukul bunuh bunuh..ini telah di perkatakan oleh orang yang membuat analisa peningkatankeganasan samseng sebelum ini...sejak filem tamil dan hong kong ni kurang kita boleh Nampak ianya berkurangan, tapi saki baki dia masih ada..jadi melayu pun nak naikkan samseng melayu...budak budak yang kurang akal jadi mangsa...duduk sejenak fikir semula....betul ke ini semua...influence dari filem filem ganas merosakkan..sama juga filem filem barat tang membawa cara cara merompak dan membunuh...ini pun sudah Nampak kesan dari filem filem ini...fikir..
BalasPadamYANG MENGIKUTI SEGALA PERLAKUAN AKSI FILEM TU HANYA MEREKA2 YANG SEL OTAKNYA BELUM BERHUBONG.
BalasPadamZAMAN DULU PUN BANYAK FILEM GANAS...TAK ADE PULAK ORANG JADI LANUN DAN SAMSENG.
YANG JADI SAMSENG CUMA MEREKA YANG TAK MAKAN DIAJAR OLIH IBU BAPAK MASING2. JANGAN NAK MENUDING JARI SANA SINI.