Dibawah ni disertakan video sesi sidang media MB Pahang yang menjawab isu berkaitan dengan pendatang asing di Cameron Highland yang menjadi bualan hangat ketika ini.
Cuma kita nak tanya la kepada penulis ruangan pojok yang "Tersohor" di Malaysia yang membuat analisis mengenai sesi sidang media tersebt. Adakah ini definasi "Marah" yang dimaksudkan?
Kalau ini pun boleh dikatakan sebagai satu tindakan "Marah", tak tau la pulak macam mana keadaannya kalau MB Pahang tu mengamuk dan macam mana pulak kalau dia suka.
Dijelaskan dalam sesi sidang media tersebut, MB Pahang cukup menghargai dan mengalu - alukan keprihatinan pihak media dalam membuat laporan mengenai isu tersebut.
Malah MB Pahang siap ucap terima kasih kepada pihak media khususnya Utusan kerana menjalankan tanggungjawab sosial mereka terhadap masyarakat. Itu yang disebut dalam video tersebut.
Tinggal lagi, ulasan dan analisis yang dibuat oleh penulis ruangan pojok "Termahsyur" di Malaysia tu memperlihatkan seolah - olah MB Pahang marah dengan pendedahan yang dibuat.
MB Pahang hanya menegur tajuk yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia, "Cameron Highland Ditawan" yang memperlihatkan seolah - olah institusi Raja - Raja tergugat dan keselamatan rakyat terancam.
Ada sesetengah pihak melihat tajuk itu sahaja turut menggugat industri perlancongan, pertanian serta ekonomi di Cameron Highland. Dan bagi mereka, tajuk itu tidak sesuai digunakan.
Bukannya MB Pahang marah terhadap pendedahan yang dibuat oleh Utusan berhubung isu pendatang warga asing tu. Cuma pemilihan tajuk itu sahaja yang dipertikaikan. Itu pun tak sampai beberapa minit.
Tapi, gambaran yang diberikan oleh pihak Utusan melalui penulis ruangan pojok tu memberi gambaran seolah - olah MB Pahang menghentam Utusan disepanjang sesi sidang media tu dijalankan.
Persoalannya, kenapa Utusan memilih tajuk itu untuk disiarkan di muka hadapan jika bukan atas dasar "Sensational Stance" semata - mata untuk melariskan jualan?
Maka sebab itu kita kata, ulasan yang dibuat oleh penulis diruangan pojok Utusan semalam hanya berdasarkan kepada 'Hearsay'. Dia bukannya ada masa sidang media tu dijalankan. Jadi, jangan la rosakkan etika kewartawanan tu jika dia ada dendam peribadi terhadap orang lain!!!
SH,
BalasPadamJihad besar ke dalam membela Tok Nan ni,apa menafaat yg bakal rakyat dapat?.Tak nampak ke Majlis Keselamatan Negara dah bersidang,mengenai CH ,ertinya Tok Nan di Pahang dah tak mampu.SH beperang dgn media tak guna,kita mahu apa yg berlaku on the ground selesai dan rakyat senang hati.Kalau beria-ria benar nanti orang kata SH ada apa-apa marah pulak....
Tanpa Nama 4:53 - MB Buat PC Rabu petang. Banjir di Cameron Highland, Rabu malam. dalam situasi ni, siapa dl yg ambik tindakan? Takkan pulak MB boleh buat ramalan dalam PC sebelum kejadian Banjir tu berlaku.
PadamYg buat kita heran, kenapa rencana yg dikeluarkan menghentam MB sedangkan dia dah jawab persoalan yg dilaporkan? Kenapa tak dijelaskan mengenai jawapan sebaliknya cerita pasal soal dia marah? Itu yg buat kita pelik.
Jihad adalah untuk menegakkan KEBENARAN. Perlu ditegaskan, bukan semua media yang buat apa yang Awang Selamat buat. Soalnya, dimana Kebenaran yang disebut dalam etika kewartawanan? Kenapa sebagai seorang penulis senior, Awang Selamat tidak mengikut tata etika kewartawanan dan melaporkan perkara yang BENAR?
BalasPadamSedangkan isu mengenai 'On The Ground' sudah pun dijelaskan oleh MB Pahang SEBELUM Majlis Keselamatan Negara ambik tindakan. Sebelum banjir berlaku. Tapi kenapa Awang Selamat tak sebut mengenai perkara ini?
Itu jihadnya. Jika orang serang Dato' Najib dengan cerita yang tidak benar pun akan tetap dipertahankan. Begitu juga dengan mana - mana pemimpin Kerajaan yang lain.
Ini bukan soal nak mempertahankan Tok Nan. Tapi nak mempertahankan KEBENARAN. Laporan yang dibuat oleh Awang Selamat dalam kolum dia semalam adalah tidak benar. Maka sebab itu ianya WAJAR dijelaskan.
Benda yang sedang berlaku di cameron atau kawasan Janda Baik tu dah lama... cina teroko tanah cara haram (sogok duit kpd pej tanah/perhutanan) kemudian masukan bangla berpuluh2 orang untuk usaha tanah tersebut.... melayu (yang kerja pejabat tanah, perhutanan atau pbt) mendapat manfaat, rakyat jelata diperangi dari meneroka tanah, cina boleh teroka... ini satu tuduhan? benda yang dah jadi mcm tu lah...
BalasPadamSoalnya, ada tak orang pernah buat laporan kepada pihak SPRM mengenai perkara tersebut? Ramai yang dah bercakap mengenai isu tu, tapi ada tak yang buat laporan? Cuba pihak media pergi buat "Laporan Khas" mengenai isu tu dan rujuk kepada pihak SPRM. Nak jugak mendengar apa cerita diorang.
PadamTak payah lah nak membela Adnan tu sangat-sangat. kalau Adnan buat kerja dengan tegas dan betul cameron highland tak kan jadi mangsa. Berhenti la Adnan. Macam mane kau pertahankan Adnan pun kerosakan dah berlaku.
BalasPadamTak payah lah nak membela Najib tu sangat-sangat. kalau Najib buat kerja dengan tegas dan betul Rosmah tak kan jadi mangsa. Berhenti la Najib. Macam mane kau pertahankan Najib pun kerosakan dah berlaku.
PadamTak payah lah nak membela Adnan dan Najib tu sangat-sangat. kalau Adnan dan Najib buat kerja dengan tegas dan betul Cameron Highland dan Rosmah tak kan jadi mangsa. Berhenti la Adnan dan Najib. Macam mane kau pertahankan Adnan dan Najib pun kerosakan dah berlaku.
Padamtak payah laa nak tunjuk video yg dah edit tuuu.... hahahaha.... Satu Malaysia tahu la Adnan tu mulut bau longkang.... kalau maki hamun orang dia lah champion... depan public pun boleh tunjuk isyarat lucah.... jenis pemimpin rendah akhlak dia nie... tak payah nak bela sangat laaa.... apa yg dia cakap semua org dah record laaa....
BalasPadamWalaupun ada rekod, Awang Selamat masih tak dapat dengar yang MB Pahang ucap terima kasih serta beri penghargaan kepada apa yang didedahkan oleh pihak media? Adakah bahagian itu telah diedit?
PadamSudah - sudah la nak membela penulis yang tak de akhlak dan banyak kali disaman sebab menabur fitnah tak tentu arah ni... Sesungguhnya menabur fitnah tu lebih teruk dosanya dari sekadar menunjuk isyarat lucah...
kalau berani tunjuk lah video yang belum edit... cakap banyak pun tak guna laa... sekarang baru mengelabah... adnan atau utusan tak penting... yang penting kemungkaran di cameron highland mesti dibanteras..
PadamAdnan ni buat malu je... CH yang besar tu pun tak bole nak jaga... sampai TPM pulak yang bersuara bagi arahan... tak kan Adnan tak faham-faham apa maksud TPM tuuu....
Pulak dah... dah jadi tak penting pulak ek... yang penting ialah kemungkaran di Cameron Highland ek? Ek?
PadamSemalam Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM kata diorang dah lama dapat laporan dan maklumat mengenai perncerobohan tu. Tapi soalnya, kenapa diorang tak ambik tindakan? Kenapa nak tunggu TPM batuk, baru SPRM nak terkencing?
Sepatutnya Utusan dedahkan mengenai perkara tersebut. Pergi soal Pengarah SPRM, tanya SPRM kenapa tak ambik tindakan... bukannya melalut salahkan orang lain...
dah babit SPRM pulak.... SPRM ek? Ek?.. lepas nie nak nak babit siapa pulak.. KDN..ek?Ek?.. atau Imigresen..ek?Ek.. atau RELA.. ek?..Ek?.. atau Polis.. ek?Ek?... atau Askar ek? Ek?..
BalasPadamish..ish..ish... hebat Adnan nie sebab dia tak buat kerja habis satu Malaysia bergegar...
Ai, tadi kata "adnan atau utusan tak penting... yang penting kemungkaran di cameron highland mesti dibanteras.."
PadamSPRM kata apa yang berlaku disebabkan wujudnya rasuah... jadi, adakah perkara itu tak berlaku di Cameron Highland? Adakah perkara itu tak perlu dibenteras?
Soal yang dibangkitkan ialah mengenai pendatang warga asing... Pendatang warga asing ni dibawah siapa kalau bukan bawah KDN? Siapa yang bawak pendatang asing tu ke Cameron Highland? Adnan ke yang bawak?
Macam ni punya blogger pun ada. Hampeh
BalasPadam