Sabtu, November 08, 2014

Heh! Memang lawak sungguh melihat kelibat perangai Si Menteri Besar Selangor yang baru ni. Habis semua rakyat di Selangor tu dia tak kenal belaka. Mudah betul dia nak lepaskan diri.

Sebelum ni, bila dia didakwa sengaja memotong bantuan skim warga emas kepada Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang diwakili oleh Si Khalid Ibrahim, dia tak ambik tindakan.

Dakwaan yang dibuat oleh Bekas Setiausaha Politik kepada Khalid Ibrahim, Si Faekah tu juga turut menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu langkah 'Membalas Dendam'.
Diberitakan, Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali telah membekukan saluran peruntukan kawasan Parlimen Bandar Tun Razak dan DUN Pelabuhan Klang. 
Kedua - dua kawasan itu kini disandang oleh bekas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim. Begitulah mengikut kata Faekah Husin, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar (MBI). 
Faekah mendakwa, Bendahari Selangor mengeluarkan arahan pada 25 September lalu supaya membekukan akaun bank Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di dua kawasan terbabit. - seterusnya...
Walaubagaimana pun, bila ditanya oleh pihak media kepada Si Menteri Besar Selangor tu, jawapan yang diberikan cukup mudah. Dia kata dia tak kenal siapa Si Faekah tu.

Nampak sangat yang jawapan Si Azmin tu hanya sekadar satu cubaan 'Melepaskan Batuk Ditangga'. Dia hanya sekadar cuba nak menutup kemaluan diri dia sendiri.

Hari ini, bila dia didakwa cuba nak mengelak dari menjawab isu yang berkaitan dengan fatwa SESAT terhadap gerakan Feminisme bergelar 'Sister In Islam', sekali lagi alasan yang sama digunakan.

Kali ini, Si Azmin tu buat dakwaan kononnya dia 'Tak Kenal' dengan Datuk Noh Omar yang sebelum ini mengkritik cadangan yang telah diberikan oleh Menteri Besar Selangor tu.

Azmin, dalam satu kenyataan sebelum ini telah memberikan cadangan supaya Mufti Selangor bertemu dengan SIS bagi menyelesaikan pertikaian berhubung fatwa yang telah dikeluarkan.

Menurut Noh, cadangan tersebut adalah tidak wajar memandangkan SIS telah pun mengemukakan semakan kehakiman berhubung status mereka di mahkamah.

Kalau kita tengok dari satu sudut, memang tak masuk akal pun cadangan yang dibuat oleh Si Azmin tu. Kenapa pulak Mufti yang kena jumpa dengan SIS? Sepatutnya, SIS tu yang jumpa dengan Mufti.

Diorang yang didakwa buat salah dan disifatkan sebagai 'Sesat'. Jadi, diorang yang bertanggungjawab untuk menjawab dakwaan yang telah dibuat. Bukan sebaliknya.

Inikira kes yang sama macam Si Ketua Penipu tu jugak la. Dia yang 'sedap - sedap' meliwat Si Saiful tu, tapi dia kata dia pulak yang menjadi mangsa dan dizalimi. Kiranya, pemimpin PKR ni memang jenis macam tu kot. Habis semuanya tunggang terbalik belaka!!!

PS: Sampah yang satu ni, Si MB Selangor tu kenal ke tidak??? Klik sini.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Sedangkan dan ibu kepada anak beliau boleh digadaikan. Inikan pula ugama yang terlalu subjektif.....

    BalasPadam
  2. Inilah MB yang selayaknya untuk rakyat Selangor.
    Kononnya negeri yang maju, jadi mesti liberal dan terbuka.
    Sekarang tanggunglah sendiri.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping