Sabtu, November 08, 2014

Malas nak cerita panjang - panjang. Berikut satu artikel yang disiarkan dalam blog daddydee.net berkaitan dengan isu kebanjiran warga asing di sekitar Kuala Lumpur.
Kalaulah tuan-puan berkesempatan pergi ke kawasan Kota Raya, pasti tuan-puan akan terkejut dengan kawasan yang dulu menjadi satu ikon kini dibanjiri warga asing dari Bangladesh dan Nepal. 
Di KLCC, pun di waktu cuti umum atau perayaan yang panjang pasti akan terkejut dengan kebanjiran warga asing di kawasan tersebut. Pekerja tapak bina dan kilang sekarang ini majoriti adalah warga asing. 
Itu belum lagi kita sebut mereka yang menjadi tokey-tokey karpet dan perabut di Nilai, tokey-tokey barang komputer di Low Yat Plaza dan tokey-tokey handphone di Time Square. 
Adakah suatu masa nanti ibu kota Kuala Lumpur akan dibanjiri warga asing sepenuhnya?
Yang dibawah ni pulak video amatur yang dimuat-naikkan oleh seorang pengguna jalan raya sekitar kawasan berhampiran Mydin Pudu Raya. Memang padat dengan warga asing.

Nak pulak dari kalangan Bangladesh. Kalau dikira satu persatu, mungkin ada lebih dari 30ribu orang. Mungkin lepas ni ada pulak yang akan keluarkan artikel atau rencana mengenai isu kebanjiran tu pulak kot. Takkan isu tu nak dipandang sebelah mata pulak ye tak!!!

PS: Mungkin banjir kilat yang sering melanda Kuala Lumpur sejak kebelakangan ni pun punca dari pendatang asing ni jugak kot...
Categories:

8 ulasan:

  1. Apa nak hairan?
    Rasuah berlaku di mana-mana.....
    Undang-undang bukannya tak ada atau tak cukup....
    Tapi pelaksananya tak amanah dan memandang duit sebagai tuhan semesta alam....

    BalasPadam
  2. Semut Hitam,

    Dalam soal ini,saya lebih suka kalau SH boleh bangkitkan soal kebanjiran pendatang asing yg sudah 'menawan' di C,Higland.Sayang bandar peranginan negeri kita tu,dah banyak kali di landa masaalah.Sepatutnya Dato Nan kena bertanggung jawab berkaitan dgn CH,lama sangat dah dilanda masalah pencerobohan tanah tak selesai-selesai.Mintalah Tok Nan bekemah di CH tu,atau kalau dia tak mampu serah je pada org lain jawatan MB tu,cuma malangnya saya tak nampak pun ada tokoh yg mampu,jadi SH cubalah promote mana-mana tokoh yg mungkin layak utk masa depan Pahang.Kesian negeri Pahang tak pernah ada pemimpin yg berwibawa ,sejak Arwah Dato Rahim Bakar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kuala Lumpur juga satu tempat tarikan perlancongan juga. Masalah yang timbul dari kalangan warga asing tanpa izin ni pun lebih banyak di Kuala Lumpur. Tapi kenapa tak de orang yang nak bangkitkan? Adakah pemimpin di Kuala Lumpur tu juga semuanya jenis yang tidak berkemampuan?

      Seeloknya, beri pandangan bagaimana nak selesaikan masalah pencerobohan tanah haram tu. Tempoh hari, pihak berkuasa ambik tindakan, musnahkan tanaman yang dibuat oleh penerokaan haram. Ramai yang marah dan boikot Kerajaan. Dakwa Kerajaan Zalim dan sebagainya. Bila tak diambil tindakan, tuduh kata rasuah.

      Cuba la pergi dan ikut mereka yang buat kerja penguatkuasaan ni dan tanya mereka, apa yang mereka tak buat untuk mengatasi masalah penerokaan haram tu.

      Padam
    2. Tapi janga pula abaikan masalah di tempat sendiri.Kalau tak pandai menguatkuasa jangan jadi penguat kuasa,kalau tak pandai mentadbir jangan jadi pentadbir.Kalau peraturan di buat tak di ikuti,lebih baik tak usah ada peraturan.Kalau tak mahu ikut undang-undang kerana takut di kecam atau dikatakan zalim biar lah di semua tempat begitu juga ,baru adil,di Kuantan,Temerloh ,Raub,Bentung dan diseluruh Pahang,senang cerita.Ramai di tempat lain pun nak meneroka tanah haram juga,kalau macam tu.

      Saya pernah bekerja di sebuah pengusa tempatan Negeri Pahang,boss saya cukup cekap dan tegas mengikut peraturan,beliau juga kuat kerja kuat kerja,kami berjaya menaikan nama penguasa tempatan tersebut menjadi sebuah pengusa tempatan yg cekap ,di hurmati dan di jadikan contoh bukan saja di Pahang tapi di luar Pahang juga.

      Padam
    3. Itulah yang dijelaskan tadi. Cuba pergi ikut pihak penguatkuasa tu jalankan operasi mereka membanteras pencerobohan tanah haram ni. Ada yang dikejar dengan cangkul dan parang. Sampai tahap itu mereka menjalankan tugas.

      Soalnya bukan tak de penguatkuasaan. Penguatkuasaan tu ada. Tinggal lagi, kedegilan pihak peneroka haramjadah tu yang perlu diberi pengajaran. Boleh juga kita bagai cadangan, mereka yang didapati meneroka secara haram ni perlu dikenakan denda yang tinggi. Biar sampai tahap diorang bergolok bergadai. Baru puas hati gamaknya.

      Padam
    4. Kalau nak kena ikut mereka berkerja,apa guna mereka di beri tanggung jawab,dan kita pun ada kerja kita.Dato Nan lah yg kena ikut mereka atau lain lain pegawai yg berkaitan.Kami rakyat biasa yg mahu hasil kerja mereka.Kalau mereka tak mampu berbincanglah dgn bos mereka.Cuma satu saya nak tanya,berapa kes mahkamah yg telah di daftarkan berkaitan dgn kegiatan peneroka tanh haram di CH?.Lagi satu tanah adalah di bawah kuasa negeri,ada ke enakmen baru yg di bentangkan bagi mengatasi masah berkenaan?.

      Pahang ni sebuah negeri yg kaya dgn suber alam semula jadi ,tanah paling penting,jadi uruskanlah dgn baik.Insyaallah berjaya.

      Padam
  3. Pqda squdara hasnul
    Apa undang undang yang akan digunakan kepada warga asing yang menikmati cuti mereka dkotaraya.
    Fikir logiklah
    Mereka ini selain bekerja juga berstatus pelawat di negara ini.
    Waktu cuti adalah waktu yang boleh di menafaatkan untuk menikmati keindahan negara ini. Sepertimana pelajar dan pekerja malaysia diluarnegara mengambil kesempatan cuti untuk melancung.
    Takkan kita nak gubal undang undang semua pekerja asing diharamkan berada di luar dari kawasan kerja atau tempat tinggal mereka.
    Bersangka baiklah. Mereka juga berjasa dalam pembangunan negara kita. Sekurangnya bila mereka balik mereka bercerita betapa hebatnya Malaysia seperti mana warga Malaysia bercerita betapa h3batnya US UK europe bila balik dari bertugas atau belajar luar negara. Warga k lumpur pun dah tak lepak kat kota raya tu... warga kl lebih selesa di pavi.. 1 utama.. mid v

    BalasPadam
  4. Ah jib gor.... ¥$£€§&¥#;:@_;-"?....????

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping