Ahad, November 16, 2014

Ini Jebon bukan sebarang Jebon tau. Ini Jebon suka masuk rumah orang, kacau anak dara sampai buat orang tua pun semua boleh pengsan. Tapi Jebon ni tak jual ubat.

Jebon ni hanya pandai mengucar - kacir dan menghuru - harakan orang tak tentu arah biarpun sesama mereka sendiri. Semuanya demi kepentingan diri mereka. Bukannya untuk kepentingan rakyat!!!

Hubungan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia, PasMa (sebut PasMa-Cai) dengan parti induk mereka PAS, terus mendapat perhatian menjelang pemilihan pucuk pimpinan parti Islam itu pertengahan tahun depan.

Ini berikutan PasMa dilihat bertentangan dengan golongan pro ulama terutama Haji Hadi Awang. Kemelut ini bermula daripada kekecohan di Selangor hingga menyebabkan pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim. Kini Pas telah berpecah kepada dua kumpulan, pro Anwar dan pro Ulama.

Paling menarik apabila segolongan pemimpin Ngo PasMa ini diberi gelaran ‘jebon’ oleh Pas tidak terkecuali Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi. 

Beliau mendakwa pihaknya tidak akan terlibat dengan pemilihan PAS, namun cakap-cakap di bawah semakin terang bahawa kumpulan ini bakal menjadi kumpulan pendesak ke arah perubahan pucuk pimpinan parti itu agar lebih pro-Pakatan Rakyat (PR).

“Kami sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) tidak akan terlibat dengan pemilihan parti. Tugas kami ialah memperkukuhkan PR.Pemilihan dalam PAS terserahlah kepada perwakilan,” kata Phahrolrazi.

Menariknya, kempen dijalankan oleh kumpulan pro ulama termasuk di laman sosial Facebook El-Haraki dan mengajak ahli PAS nyahkan para pemimpin ini dari PAS. 
Laman tersebut bukan sahaja menghentam para pemimpin PAS yang pro PasMa bahkan meletakkan logo anti PasMa sebagai gambar profilnya.

Antara tokoh PAS dilabelkan sebagai Jebon adalah Mohamad Sabu, Husam Musa, Mohamed Hanipa Maidin, Asmuni Awi dan ramai lagi. Mereka ini dilihat sebagai lebih liberal dan tidak seiring dengan dasar perjuangan Pas untuk menegakkan perjuangan Islam.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Jebon bukan sebarang jebon. Jebon yang di sponsor dapigs untuk pecah belahkan pas dan melayu. Pikir2 kan lah. Mereka minority dan hanya dengan melayu berpecah saja mereka bole berkuasa.....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping