Jumaat, November 21, 2014

Hah! Nampak gayanya persoalan tu masih lagi menjadi satu tanda tanya yang cukup besar dan menggerunkan bagi puak - puak Parti Angguk Saja tu. Masing - masing terus menafikannya.

Tapi sejak kebelakangan ini, ada jugak dikalangan pemimpin - pemimpin PAS yang berani tampil untuk menyelamatkan maruah Si Hadi Awang tu dalam kenyataan media.

Nak pulak dalam keadaan sewaktu Si Hadi Awang tu diserang secara terbuka oleh puak - puak DAPigs dan PKR secara terang - terangan. Bertalu - talu sokongan yang Si Hadi Awang tu terima.

Atau mungkin mereka cuba nak selamatkan diri mereka sendiri dari tersingkir dalam jemaah? Itu satu persoalan lain yang perlu dijawab sendiri secara jujur oleh mereka yang terlibat.

Persoalannya hari ini, siapa dia "Hantu" yang Gila Kuasa nak menjatuhkan Si Hadi Awang tu? Kenapa dia beria - ia sangat nak suruh Si Hadi Awang tu "berehat" dari Politik?

Adakah ianya untuk kepentingan syiar Islam yang selama ini menjadi dasar kepada perjuangan PAS? Atau adakah ianya untuk menjaga Kepentingan rakyat secara menyeluruh?

Hakikatnya, persoalan itu bukan sahaja timbul dari kalangan ahli - ahli serta penyokong PAS diperingkat akar umbi. Malah dikalangan pemimpin atasan pun masih lagi tertanya - tanya.

Salah seorang dari mereka yang turut mempersoalkan isu tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Perak yang sebelum ini turut membangkitkan perkara tersebut melalui laman blog miliknya.

Terdahulu beliau menyeru agar semua ahli PAS serta individu yang terlibat dalam agenda untuk menjatuhkan Si Hadi Awang tu memahami dasar perjuangan PAS terlebih dahulu.

Jelasnya, PAS senantiasa meletakkan Allah dan Rasul sebagai kuasa pemutus yang tertinggi dan bukannya Muktamar, Mesyuarat AJK PAS Pusat atau pun termasuk Presiden PAS sendiri.
"Maka, persoalan yang saya ingin lontarkan ialah, kenapa terlalu menggilakan jawatan tersebut sehingga merancang untuk menjatuhkan Presiden yang sedia ada, sedangkan kamu juga perlu ikut al Quran dan Sunnah?"
Malah, Pesuruhjaya PAS Perak itu juga turut menegaskan bahawa terdapat perbezaan diantara wala' dalam Islam dan Wilayatul Faqeh dalam ajaran sesat serta mengajukan soalan, yang mana satu mereka cari?

Realitinya, Si Pesuruhjaya PAS Perak tu sendiri perlu membuka mata serta melihat keadaan sekeliling dan menyoal dirinya sendiri, "Masih ada lagi ke pemimpin PAS yang memperjuangkan Islam?"

Hakikat sebenarnya, kebanyakkan pemimpin - pemimpin PAS semuan berjuang demi kepentingan Politik Peribadi. Nak pulak bagi yang dah memegang jawatan. Jadi, jangan harap la diorang nak memperjuangkan Islam!!! Jauh sekali nak memperjuangkan rakyat!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping