Dalam nada tegas mengenai gejala pendatang tanpa izin (PATI) di Negeri ini khususnya Cameron Highlands ini, KDYMM Sultan Pahang telah menitahkan tentang tiada simpatinya Baginda terhadap mereka.
Sambil itu menitahkan keazaman tinggi Baginda serta Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob, untuk berusaha membanteras gejala itu pada akhirnya.
“… kita tidak akan bersimpati dengan orang yang masuk ke Malaysia tanpa izin. We will get rid of them, sooner or later,” demikian titah-kata Baginda pada persidangan media luar jadual, selepas berangkat pada Majlis Taklimat Bencana pada pagi Khamis, 20 November di sini.
Majlis Taklimat yang berlangsung hampir dua (2) jam bermula 9.30 pagi itu, disembahkan ke sisi KDYMM Tuanku oleh Pegawai Daerah Cameron Highlands, Dato’ A.Rahman Hamzah.
Selain Dato’ Sri DiRaja Adnan; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail, ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri serta ketua-ketua jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang berkenaan, turut hadir.
“We must not allow them (the illegal foreign workers) to wander around not only in Cameron Highlands (but also) in the other districts in Pahang. We must put a stop to this sort of things once and for all,” titah-tegas Baginda.
“This is in the plan. But I cannot tell you until we have agreed in total,” titah Baginda lagi.
Selain itu, Baginda juga turut memuji kakitangan penjawat awam di Negeri ini yang telah menjalankan tanggungjawab mereka walaupun reputasi mereka tercalar akibat laporan-laporan mengenai penerokaan tanah haram yang turut dikaitkan secara negatif dengan mereka.
“We will do our part. Pihak saya sebagai Raja Pemerintah, Menteri Besar sebagai Menteri Besar dan pegawai-pegawai yang berkhidmat di negeri Pahang terutama sekali macam pegawai-pegawai daerah, ketua-ketua jabatan; they are very loyal to the government and are very hard working officers”.
PS: Kesimpulannya, semua pihak yang bertanggungjawab perlu memberi kerjasama dalam menangani masalah yang melanda pada ketika ini.
Bak kata pepatah, "Makan pengat atas perahu, jangan ada pulak yang buat - buat tak tahu:. Sendiri dah makan pengat, sendiri mau ingat. Jangan lepas ni ada yang buat kerja sambil lewa pulak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.