Wah! Nampak gayanya, semakin garang puak - puak Pemuda PAS ni. Garang sebab nak tegakkan Islam yang sebenar ke atau sekadar nak tunjuk yang diorang ni Hero kepada rakyat?
Kalau betul diorang berhajat nak tegakkan syariat Islam yang sebenar bagus la. Memang sangat - sangat kita alu - alukan. Tapi kalau setakat nak menunjuk - nunjuk, baik tak payah.
Kata Si Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS tu semalam, pihak dia berasa kesal terhadap tindakan SIS yang sebelum ini jelas dilihat cuba nak mencabar asa Islam secara terbuka.
Malah katanya, pertubuhan itu juga dilihat cuba nak mempermain - mainkan usaha pihak penguatkuasaan Negeri Kelantan terhadap larangan dan hukuman ke atas wanita Islam yang tidak bertudung.
“Secara terang nyata juga, SIS telah mencabar akidah Islamiyah apabila turut mempromosikan pemikiran Yahudi dan Nasrani dengan menyatakan manusia sebagai anak-anak Allah. Bermakna SIS menolak keesaan Allah,” kata Muhammad Khalil dalam kenyataannya.
Fatwa berkenaan mewartakan SIS sebagai pertubuhan haram kerana didakwa menganuti dan menyebarkan fahaman agama "liberalisme dan pluralisme."
“DPPM berpendirian tegas bahawa usaha yang giat dikembangkan SIS dengan menyebarkan fahaman liberal atas nama Islam adalah satu kesesatan terang lagi nyata.
Ok. Kalau itu pandangan yang diberikan, macam mana pulak dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh 'Tiga Ekor Samdol' ni? Takkan Timbalan Ketua Pemuda PAS tu nak diamkan diri pulak?
Berani ke tidak Si Timbalan Pemuda PAS tu nak kecam pendirian yang telah dibuat oleh ketiga - tiga orang Samdol tu secara terbuka dan mengkritik mereka secara terang - terangan? Kalau dengan Tiga Ekor Samdol ni pun dia takut, baik tak payah nak tunjuk Hero!!! Buat mengabihkan masa je!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.