Khamis, November 06, 2014

Sudah tentu itu persoalan yang menjadi tanda tanya buat seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti rapat kes liwat yang melibatkan Si Ketua Penipu tu dengan Si Saiful hari ini.

Apa yang akan dibangkitkan oleh barisan peguam - peguam upahan Si Ketua Penipu tu bagi membuktikan bahawa dia tidak melakukan jenayah tersebut terhadap Si Saiful?

Kaedah apa yang akan diguna-pakai bagi membenarkan kenyataan bahawa Si Ketua Penipu tu adalah 'Mangsa' dalam kes tersebut? Mampukah mereka untuk membuktikannya?

Jika sebelum ini, barisan peguam - peguam yang dibayar secara lumayan oleh Si Ketua Penipu tu hanya sekadar mampu untuk tampil dan mempertikaikan bukti - bukti yang terdahulu.

Setakat ini, mereka masih dilihat GAGAL untuk meyakinkan barisan 5 orang Hakim Mahkamah Persekutuan untuk menolak keputusan yang telah ditetapkan oleh Mahkamah Rayuan.

Apa yang mereka lakukan hanya mempertikaikan bukti serta hujah yang telah dibentangkan sebelum ini. Sebaliknya, mereka tidak membentangkan 'Point of Law' untuk menolak kes tersebut.

Malah, mereka juga turut mengulangi keterangan Politik yang dibuat oleh Si Ketua Penipu tu diluar kandang tertuduh sebelum ini dengan menyatakan bahawa kes ini hanya sebuah Konspirasi.

Walaubagaimana pun, pihak Pembelaan tetap juga GAGAL untuk membuktikan kenyataan tersebut berdasarkan bukti yang sah dan hanya bersandarkan kepada 'Hear Say' semata - mata.

Manakala dipihak Pendakwaan pula menyaksikan persoalan mengenai saksi alibi yang GAGAL ditampilkan oleh pihak tertuduh bagi membuktikan bahawa Si Ketua Penipu tu tidak meliwat Si Saiful.

Persoalan mengenai kenapa peguam Si Ketua Penipu tu tidak memanggil isterinya sendiri untuk menjadi saksi terus menjadi satu tanda tanya. Begitu juga dengan isu berkaitan DNA Si Ketua Penipu tu sendiri.

Soal yang dibangkitkan ialah kenapa Si Ketua Penipu tu enggan menyerahkan DNAnya secara sukarela apabila diminta oleh pihak Polis untuk dibuat ujian silang bagi membuktikan bahawa dia tidak bersalah?

Hari ini giliran pihak Pembelaan untuk membalas hujah - hujah yang telah dibangkitkan. Maka persoalannya, adakah mereka akan menjawab 'Point of Law' yang telah dibangkitkan? 

Atau, adakah mereka akan tetap menggunakan hujah lapuk dan mendakwa ini semua hanya sekadar 'Konspirasi Peringkat Tertinggi' tanpa menampilkan bukti yang kukuh terhadap dakwaan tersebut? Kalau setakat main 'dengar cakap' je baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Pembelaan yang semata2 bergantung epada PENAFIAN.., tanpa bukti yang kukuh.., sedangkan pendakwaan telah mengemukakan bukti yg jelas.; terutamanya mengenai DNA yang diambil dari lubang si Saiful.

    Pembela wajar membalas dengan membuktikan bahawa DNA lelaki Y itu BUKAN milik perayu. Bukannya susah, kalau memang sebenarnya dia BUKAN lelaki Y.. !!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping