Selasa, November 18, 2014

Nampak gayanya niat Si Rafizi nak memburukkan imej Timbalan Menteri Kewangan tidak mendatangkan hasil apabila keputusan dibuat oleh Speaker.

Usaha Si Rafizi tu cuba nak mengaibkan pihak Kerajaan dalam isu dana 1MDB itu ternyata kantoi dan sarat dengan pembohongan semata - mata. (Klik Sini)

Dalam isu ni, Si Rafizi tak boleh nak salahkan orang lain sebab dia sendiri yang GAGAL menyerahkan dokumen berkaitan dengan dakwaan yang dibuat. Jadi, jangan dia meroyan tak tentu arah sudah la!!!

Dewan Rakyat pada Selasa menolak usul yang dikemukakan Mohd Rafizi Ramli (PKR-Pandan) untuk mengheret Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, hasil penelitiannya mendapati Ahmad tidak berniat untuk mengelirukan sidang Dewan Rakyat.
"Bagi membolehkan seseorang itu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, tiga kriteria perlu dipenuhi iaitu fakta dan penjelasan yang salah untuk mengelirukan Parlimen.
"Selain itu, kriteria yang akan diambil kira ialah tiada sebarang usaha oleh pihak berkenaan untuk membetulkan kesilapan selepas melakukannya," kata Pandikar Amin.
Tambah Pandikar Amin, setelah mendengar penjelasan yang diberikan Ahmad berhubung isu berkenaan, dan berdasarkan situasi di mana beliau perlu menjawab banyak soalan secara spontan pada ketika itu, Speaker berpandangan bahawa timbalan menteri itu tidak mempunyai niat untuk mengelirukan Dewan Rakyat.

PS: Kalau tak suka menipu, bukan Rafizi la namanya!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping