Selepas mempertikaikan isu berkaitan dengan 1MDB dan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (Klik Sini), kali ini Tun Dr. Mahathir mengalihkan perhatian terhadap pendidikan Negara.
Kata Tun dalam artikel yang disiarkan melalui laman blognya semalam, dasar pendidikan Negara yang ada pada ketika ini mewujudkan jurang yang cukup besar diantara kaum.
Malah, ianya juga melebarkan lagi jarak kedudukan diantara golongan kaya dan juga miskin yang ada di Negara ini. Perkara itu bagi Tun dianggap satu yang cukup mengecewakan.
Dalam posting di blognya itu juga, Tun turut menjelaskan bahawa golongan kaya kini bertutur dalam bahasa Inggeris manakala golongan miskin bertutur dalam bahasa Melayu, Cina atau Tamil.
Seterusnya Tun juga melahirkan rasa hairan kenapa pejuang - pejuang Nasionalis Bahasa tidak membantah senario itu dari terus berlaku? Bahkan ada diantara mereka juga bersifat sedemikian.
Tambah Tun, Malaysia mempunyai idea yang jelas tentang pendidikan apabila ianya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 yang mahu setiap kanak - kana menghadiri Sekolah Kebangsaan.
Selain mendapatkan pendidikan yang sempurna, kanak - kanak itu juga turut akan didedahkan dengan penggunaan serta mengusai bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia.
"Mereka akan tahu dan rapat antara satu sama lain, dapat membiasakan diri dengan perbezaan budaya dan menjadi rakyat Malaysia yang sebenar," kata beliau sambil menambah sekolah Inggeris juga dibenarkan pada masa itu.
"Keputusan itu adalah bersifat politik. Tiada apa-apa di dalam Perlembagaan yang menyediakannya. Kemudian Menteri Pendidikan yang lain pada tahun 1971 memutuskan untuk memansuhkan sekolah menengah kerajaan yang mengajar dalam bahasa Inggeris," kata Mahathir.
Isunya pada ketika ini, kata Tun, wujud sekolah - sekolah swasta yang menggunakan bahasa Inggeris berleluasa sedangkan kanak - kanak di Malaysia ini tidak perlu dihantar ke situ.
Kekecewaan Tun tidak hanya sekadar dilontarkan terhadap masyarakat umum. Malah melihat cucu - cucunya juga turut menambahkan kerisauan kepada Negarawan tersebut.
"Saya mesti mengaku walaupun anak-anak saya semuanya pergi ke sekolah kebangsaan, cucu saya pula semuanya pergi ke sekolah-sekolah swasta di dalam dan di luar negara. Mereka bercakap dalam bahasa kebangsaan tetapi jenis persekolahan meluaskan jurang antara kaum dan juga antara yang kaya dan miskin," katanya.
Kesimpulannya, tak perlu la kita nak bangga sangat dengan bahasa asing jika bahasa kita sendiri pun masih GAGAL kita kuasai. Guna la perkataan yang mudah untuk difahami dan bukannya bahasa Bombastik untuk menarik perhatian sehingga mengelirukan orang lain!!!
ketidakadilan wkonomi sosial yang berpandukan kepada teras penggunaan bahasa asing yang di utama dan sama sekali tidak berlaku negara maju seperti Korea dan jepun.
BalasPadamAku sayang Tun M tp dlm bab ni nak salahkan sapa? Siapa yg luluskan semua sekolah swasta dan Antarabangsa tersebut? Yeke ada jurang antara pelajar miskin dan kaya? Habis yg kerajaan dan Mara hantar ramai pelajar lepasan SPM terutama pelajar luar bandar tu apa?
BalasPadamAku rasa logik lah kalau orang kaya duit terlebih hantar anak mereka kesekolah bagus bagus. Yang perlu dimansuhkan ialah sekolah berjenis jenis tu. Buat satu sekolah untuk semua bangsa. Lepas tu tawarkan 2/3 bahasa lain disekolah.
Itulah pasal Anak-anak org politik dan org org kaya mestilah di larang menjadi pemimpin negara kita kerana mereka tidak faham rasa hati org org miskin dan mereka hanya harap duit dari org tua mereka yg kaya... Kalau mereka jadi pemimpin nanti mereka hanya pandai berhutang mcm yg Najib sedang lakukan...
BalasPadamBg aku Najib ni lembik dan lembab dr segala isu dan hal. Sbb itu byk nk kena tegor.
BalasPadamDh jd PM mesti bijak dan suaikan isu dan keadaan. Apa yg dulunya xbetul skg betulkan. Yg dulu dh ok.. mantapkan bukan MANSUHkan mcm ISA...
Hari2 dia pikir 1MDB, BR1M, dan camna nak naik harga minyak RON95..
lagi satu dia pikir bile dan di mana pulak lagi boleh berselfie dengan OBAMA..
Najib kn syok sendiri.. dia xnk pikir bab2 lain yg xmenyeronokkan.. happy go lucky with Rosmah mansor.. MH17 MH370.. let US-Britain-Aussie 'work' for us..
Najib LOOSER!
Pelik! Pelik! Kan elok 1 skolah berbagai bangsa dan bahasa??
BalasPadam