Memandangkan pihak Utusan pun cuba nak mengalih perhatian dari isu mengenai tajuk yang menjadi pertikaian MB Pahang sebelum ini, maka kita juga akan alih perhatian kepada isu pokok.
Dilaporkan oleh pihak SPRM sendiri melalui laman portal rasmi mereka (Klik Sini), usaha untuk membenteras gejala rasuah yang melibatkan pendatang warga asing ni sudah ada dilaporkan.
Malah, isu berkaitan dengan perkara itu juga telah dimaklumkan sejak tahun lepas lagi. Soalnya, ada tak pihak SPRM ambik sebarang tindakan terhadap laporan yang dikemukakan?
Jawapannya, ADA. Pihak SPRM ada buat pendakwaan dimahkamah, pada tahun 2013, dimana seorang peneroka tanah haram didakwa cuba memberi rasuah kepada kakitangan pejabat daerah.
Walaubagaimana pun, pendakwaan itu tidak dapat diteruskan dan kes berkaitan dengan sogokan itu terpaksa digugurkan kerana pihak SPRM kurang mempunyai maklumat mengenainya.
"Pada masa yang sama, SPRM menerusi Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan juga menjalankan pemeriksaan selaras dengan Seksyen 7(c), (d) dan (e) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 berhubung kegiatan penerokaan tanah kerajaan secara haram oleh pekebun sayur di Cameron Highland," katanya.
Maka sekarang, apa yang perlu dilakukan ialah mendesak semua pihak, termasuk penduduk disekitar Cameron Highland tu sendiri tampil memberikan maklumat agar pendakwaan boleh dilakukan.
Perlu juga diingatkan! SPRM memaklumkan bahawa isu kehadiran pendatang warga asing ni juga turut berlaku ditempat - tempat lain. Maka sebab itu saranan mereka adalah untuk membawa cadangan ke peringkat lebih tinggi dan bukan setakat diperingkat Kerajaan Negeri je!!!
Kononnya punca penyelewengan yg berlaku di C/Highland tu susah untuk diambil tindakan kerana pelakunya mendapat perlindungan drpd pemimpin yg lebih atas drpd pemimpin politik.
BalasPadamWallahhua'lam.