Subsidi harga minyak akan dihapuskan bulan Disember? Kiranya lepas ni rakyat kena bayar harga penuh la ye untuk harga minyak tu nanti? Untuk apa subsidi minyak tu ditarik balik?
Untuk diberikan kepada peruntukan BR1M gamaknya. Mungkin lepas ni, rakyat yang layak terima BR1M boleh dapat RM 1,200 setahun bagi yang berpendapatan bawah RM 3,000.
Tapi, itu pun BELUM TENTU SEMUA yang dapat gaji bawah RM 3,000 tu boleh terima bantuan tu tau. Tak semestinya bantuan tu disalurkan kepada mereka yang benar - benar layak.
Jangan ingat rakyat tak tau mengenai perkara tu. Jangan ingat rakyat ni mudah sangat terpedaya dengan tindakan Populis yang hanya mempapa-kedanakan rakyat di Malaysia ni.
Soalnya, kenapa subsidi minyak RON 95 dan diesel sahaja yang dihapuskan sedangkan itu minyak yang digunakan oleh rakyat secara menyeluruh, termasuk yang melibatkan sektor ekonomi.
Kenapa tidak subsidi minyak bagi golongan kaya raya tu yang dilupuskan terus? Adakah penghapusan subsidi minyak RON95 dan diesel itu satu tindakan yang boleh dianggap sebagai BIJAK?
Memandangkan Menteri yang buat pengumuman mengenai perkara tu tadi ada sikit - sikit 'SINILE', jadi tak de la pelik sangat ye tak. Dulu dia pun pernah cakap, kalau ayam mahal jangan makan ayam.
Kebarangkalian kali ini, Menteri yang sama tu jugak akan buat kenyataan didalam sidang media, suruh rakyat jangan guna minyak kalau mereka anggap ianya diluar kemampuan.
Kalau tak mampu nak isi minyak, naik kenderaan awam. Tak gitu Pak Menteri? Pak Menteri pun senang, pergi ke pejabat pun naik basikal je dari rumah. Nak pergi ke tapak majlis, tumpang kereta orang.
Tak pun Pak Menteri naik teksi yang dibayar menggunakan duit poket Pak Menteri sendiri. Tak gitu Pak Menteri? Maklum la, Pak Menteri kan bijak. Rakyat dibawah ni semuanya bodoh belaka.
Jadi, memang patut sangat la kita ucapkan "Terima Kasih" dan setinggi - tinggi ucapan tahniah kepada Datuk Najib kerana telah melantik Pak Menteri memegang jawatan dalam kabinet. Mungkin lantikan tu dibuat atas keBIJAKsanaan Pak Menteri sendiri!!!
PS: Kalau tak ucap Terima Kasih nanti, takut orang kata kita tak bersyukur pulak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.