Jumaat, November 21, 2014

Dek kerana terlalu ghairah sangat nak mengaut keuntungan, ada sesetengah pihak ni jenis tak reti nak sedarkan diri. Kalau diorang tu jenis siaran percuma tak pe la jugak. Ini berbayar.

Kebiasaannya, yang keluarkan banyak iklan ni siaran televisyen swasta yang percuma macam TV3, NTV7 atau pun TV9. Dari tayangan iklan - iklan tu la yang diorang dapat duit. 

Yang Astro ni nak cari duit menda jadahnya lagi? Diorang memang tiap - tiap bulan kutip duit bertus - ratus ringgit dari pelanggan. Takkan itu pun Timbalan Menteri tak reti nak buat perbezaaan?

Saksikan video dibawah apabila Ahli - Ahli Parlimen dari kalangan Barisan Nasional atau pun Pakatan Haramjadah tu bersatu menentang tindakan melampau yang dilakukan oleh Astro ni.

Tapi sebelum tu, nak tanya UMNO satu lagi soalan. Bila diorang nak ambik tindakan terhadap Si Mantan Pak Timbalan Menteri ni? Bila agak - agaknya diorang nak pecat dia?

Kira kebal sangat ke Si Saifuddin ni dalam UMNO sampai tahap tak de orang lansung yang berani nak usik dia? Hebat sangat ke dia dengan pendekatan "Politik Baru" yang cuba dibawa sebelum ini?

Kot ye pun dia nak bawak dimensi baru dalam dunia Politik, takkan la dia tak reti nak membezakan antara kaca dengan intan? Takkan la budak balik belajar dari USA sebodoh itu?

Yang dia BONGOK sangat menyokong puak - puak pejuang fahaman Feminisme  yang bergelar Sister In Islam ni apa kejadahnya? Dah tak de orang lain ke yang dia nak sokong?

Atau, adakah "Politik Baru" yang direncanakan oleh Si Saifuddin tu juga turut menghalalkan kesesatan yang dibawa oleh puak - puak SIS ni secara terang - terangan? Kalau dia nak ikut sekali sesat, jangan la nak diheret orang UMNO sekali. Sesat sendiri sudah la!!!

(Artikel seterusnya, Klik Sini)
Categories:

2 ulasan:

  1. Beliau memang tunggu utk 'di buang',barulah beliau akan mengatur langkahnya dalam Pakatan.Beliau akan menjadi 'tokoh' fevourite sama seperti Zaid Ibrahim satu ketika dulu,disukai oleh orang bukan Melayu dan satu kelebihan Dato Sarifuddin ialah berbanding ZI ialah beliau di senangi oleh gulungan pelajar,juga kelihatan lebih bersik dan intelektual..Dalam keadaan kedudukan Anwar yg tidak menentu sekarang,kemasukan Sarifuddin kedalam Pakatan akan menjadi satu suntikan semangat baru pada Pakatan.Kalau beliau menyertai DAP,beliau akan menjadi tokoh pengganti Anwar sebagai PM,jika Pakatan merampas Putrajaya.

    Sebab itu hati-hati,saya melihat Sarifuddin merupa bom jangka yg bakal memusnahkan BN,jika beliau bertindak bijak.Lihat saja Ariff Sabri,hayat politiknya yg sudah padam,kembali bercahaya bersama DAP,sekadarkan ketokohan belaiu tidak seberapa berbanding Sarifuddin.Sarifuddin tidak perlu menganggotai PKR,kerana beliau akan menghadapi penentangan dari kalangan orang lama dalam PKR,terutamanya Azmin.

    Oleh kerana SH terlalu fokus kepada 'ketokohan' Tok Nan,SH lupa mengenali siapa sebenarnya Sariffuddin. Satu hari nanti,beliau mungkin orang yg mampu menjentik Umno,BN dan Tok Nan dari berkuasa di Pahang,malah mungkin di Malysia.

    BalasPadam
  2. Kita banyak tetumpu pada nama2 tokoh pemimpin yang akan menerajui periuk nasi 28 Juta penduduk Malaysia.Tun Mahadtir adalah tokoh pemimpin yang baik di eranya.Beliau banyak merencana masa depan negara dan membuahkan hasil kejayaan utk rakyat Malaysia.Pemimpin masa depan, agak kabur dan kurang jelas akan ketokohanya utk menerajui masa depan rakyat malaysia. Visi dan misi tokoh kepimpinan amat penting utk menjamin mass depan negara.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping