Jumaat, Disember 12, 2014

Manusia dibuat macam 'Anjing' duduk dalam kandang!!!
Atas dasar prinsipal, kenapa pulak kita nak beri persamaan diantara kes penderaan tahanan di penjara Guantanamo dengan Akta Hasutan yang dilaksanakan di Malaysia hari ini?

Secara harfiahnya, bukan soal persamaan kerana kedua - dua tindakan itu tidak mempunyai persamaan diantara satu dengan yang lain. Bukan sekadar perlaksanaannya berbeza.

Malah, kaedah pengurusan kedua - dua tindakan itu jugak mempunyai jurang perbezaan yang cukup besar diantara satu dengan yang lain. Perkara ini yang cuba disembunyikan oleh PKR.

Jika kita lihat, sejak kebelakangan ini, puak - puak PKR tu kuat menyokong dakwaan yang dibuat oleh Amerika yang mengutuk tindakan Malaysia mengekalkan Akta Hasutan 1948.

Kononnya mereka mendakwa (PKR dan Amerika), tindakan tersebut menghapuskan Kebebasan Hak Asasi Manusia dan menimbulkan ketidak-adilan dikalangan rakyat Malaysia sendiri.

Realitinya, Akta Hasutan yang dijalankan di Malaysia ini masih lagi memberi peluang kepada tertuduh untuk membela diri di mahkamah. Mereka masih boleh berhujah secara terbuka.
Masih "Bebas" berceramah biarpun dituduh bawah Akta Hasutan...
Selain itu, mereka yang dituduh dibawah Akta Hasutan juga turut diberikan peluang untuk melantik seorang peguam mewakili mereka dan membentangkan bukti untuk menentang pendakwaan yang dibuat.

Bukankah itu asas kepada Keadilan yang didakwa tidak wujud oleh puak - puak sekutu Rejim Yahudi tu sebelum ini? Bukankah itu bukti bahawa Hak Asasi Manusia itu masih dibela?

Sedangkan dalam isu penjara Guantanamo, tahanannya dipaksa meringkuk dalam penjara dan tidak diberi peluang lansung untuk mempertahankan diri dalam sistem perundangan.

Malah mereka turut dinafikan hak untuk melantik seorang peguam bagi menegakkan Keadilan terhadap tuduhan yang dibuat terhadapnya. Adaka itu yang disifatkan sebagai ADIL?

Adakah itu yang dimaksudkan oleh puak - puak PKR dan Amerika tu sebagai memberi Kebebasan Hak Asasi Manusia? Kalau setakat pandai bercakap je, baik tak payah!!! Tak de manfaat diorang nak jadi MUNAFIK yang perangainya macam FIRAUN!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. kalau pembangkang perentah...bukan saja akta hasutan malah ISA diadakan semula...dasar kuku besi karat mereka lagi hebat...contoh pemilihan ketiga2 parti mereka mereka cukup jelas...hanya penyokong2 mereka yg bodoh saja memekak kan telinga & membutakan mata utk mengaku kebenaran....sama jer macam yahudi amerika...

    pakcik Sambal Tempoyak.

    BalasPadam
  2. PR memang mabuk ketum...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping