Khamis, Disember 04, 2014

Mungkin ianya memang sindrom atau pun sumpah keramat yang menjadi kelaziman bagi mana - mana pemimpin yang menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Selangor tu.

Sudah pasti dipenghujung karier mereka, pasti akan terpalit dengan kes salah guna kuasa dan juga dituduh melakukan rasuah. Perkara yang sama jugak berlaku kepada Si Khalid Ibrahim tu.

Tapi malangnya, yang mendedahkan isu penyelewengan dan salahguna kuasa tu pun bukan orang lain. Sebaliknya dibuat oleh sesama sendiri. Itu yang menyedihkan kita sebenarnya.

Jika dibuat atas nama Kebenaran, tak pe jugak. Tapi apa yang dilakukan hanya sekadar untuk membalas dendam dan menjahanamkan terus reputasi seseorang pemimpin tu sendiri.

Hari ini, Rejim Pakatan Selangor mendedahkan pembayaran pampasan RM2.6 juta yang dibuat oleh Khalid Ibrahim tidak mengikut terma dan syarat perkhidmatan surat tawaran pelantikan.

Laporan setebal 11 muka surat yang diedarkan hari ini telah disediakan oleh lima panel penyiasat Perbendaharaan Negeri yang diketuai Ketua Bendahari Azal Adzhar.
"Bayaran pampasan ini tidak dinyatakan di dalam terma dan syarat perkhidmatan pada Surat Tawaran Pelantikan lapan kakitangan/pegawai MBI tersebut," kata laporan yang diedarkan hari ini.
Khalid juga turut didakwa tidak mendapat sebarang persetujuan daripada ahli lembaga pengarah yang berkaitan sebelum meluluskan pembayaran tersebut sebelum ini.

Laporan itu juga mengatakan bahawa semua ahli lembaga pengarah MBI tidak pernah memberi persetujuan secara bagi melaksanakan pembayaran pada 22 September 2014 tersebut.
"Ahli lembaga pengarah MBI tidak termasuk pengerusi MBI (Khalid) pada bila-bila masa selepas 25 Ogos 2014, tidak pernah memberi persetujuan secara muktamad bagi pelaksanaan yang sudah dibuat kepada 8 kakitangan yang terlibat seperti diputuskan oleh pengerusi MBI pada 22 September 2014," kata laporan itu.
Daripada laporan itu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MBI, Faekah Husin menerima bayaran tertinggi RM581,400 sebagai pampasan dan RM114,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan.

Bagaimanapun, laporan tersebut mendedahkan pembayaran kepada bekas setiausaha politik Khalid itu tidak mengikut perkiraan yang telus kerana tempoh Faekah berkhidmat dengan MBI hanya selama 12 bulan dan bukannya 51 bulan.

Apa boleh buat. Itulah perangai puak - puak Pakatan Haramjadah tu sebenarnya. Kalau diorang buat, semuanya Halal belaka. Cuba kalau perkara tu pemimpin UMNO atau BN yang lakukan. Sampai ke lubang cacing diorang akan tetap maki hamun!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Kalau ketua bendahari tak luluskan duit tu macamana duit pampasan tu boleh keluar drp akaun. Macam pelik je statement dia ni

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping