Kesian! Nampak gayanya Si Mahfuz Bean tu masih tak puas hati apabila kelemahan diri dia sendiri telah memalukan dia depan orang ramai secara terbuka. Mana lagi dia nak sorok muka.
Dek kerana terlalu teruja nak memalukan orang lain dengan niat nak menuduh berlakunya penyelewengan membuatkan Si Mahfuz Bean tu terpaksa menanggung aib yang bukan kepalang.
Orang diperingkat bawahan masih lagi berbisik - bisik, bercerita mengenai projek bernilai JUTAAN ringgit yang diperolehi oleh Abang Si Mahfuz Bean tu dari Kerajaan Negeri Kedah.
Perkara itu yang membuatkan Si Mahfuz Bean tu rasa tersindir kerana selama hari ini dia kuat mengutuk Kerajaan Barisan Nasional dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan yang bukan - bukan.
Tetapi tanpa disedari, Kerajaan yang selama ini dikutuk dan dilemparkan dengan pelbagai tohmahan itu juga yang memberikan abangnya peluang untuk mencari rezeki yang halal.
Sepatutnya, sebagai seorang wakil rakyat, Si Mahfuz Bean tu sendiri perlu membantu abangnya. Bukan hanya sekadar mengharapkan orang lain membantu ahli keluarganya sendiri.
Malangnya, bila ada yang beri bantuan kepada ahli keluarga, Si Mahfuz Bean tu pulak dilihat seolah - olah tidak bersyukur dengan bantuan yang telah diberikan. Seolah - olah dia pulak yang tak puas hati.
Sebab apa dia tak puas hati? Sebab tindakan itu memalukan diri dia? Sebab ianya memperlihatkan bahawa Ahli Parlimen Pokok Sena tu tak mampu nak membela nasib abangnya sendiri?
Atau adakah ianya sebab dia tak puas hati kerana Kerajaan Negeri Kedah beri kontrak yang jauh lebih murah kepada abangnya dari sebuah lagi syarikat yang digembar - gemburkan selama hari ini?
Secara prinsipalnya, apa yang mahu dibangkitkan oleh Si Mahfuz Bean tu? Adakah dia nak tuduh pihak Kerajaan Negeri Kedah melakukan penyelewengan dalam pemberian kontrak tersebut?
Adakah dia sengaja nak memburukkan Kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir demi untuk menutup kemaluan dirinya sendiri? Apa manfaat yang dia akan dapat?
Seandainya Si Mahfuz Bean tu dedahkan juga nama syarikat yang dapat kontrak tu, adakah rakyat akan berhenti berbisik cerita pasal kontrak yang dimiliki oleh abangnya sebelum ini?
Sedar atau tidak bahawa rakyat diluar ketika ini sedang berbisik, memperkatakan dendam kesumat Si Mahfuz Bean tu hanya sekadar untuk menutup kemaluannya yang telah didedahkan. Jadi, untuk apa lagi dia nak bukak aib dirinya sendiri!!!
Betul ke dia ni lulus SPR?? Nampak gaya bodoh dia, mungkin SPR pun tak lepas kot. Cuba selidik keputusan SPR si mahfuz ni.
BalasPadamMemang dia bodoh pon. Tengok muka pon dah tahu. Sijil SRP dia tak sama dgn orang lain. Dia dapat SRP Hons.
BalasPadam