Tidak la pulak kita kata dakwaan yang dibuat oleh Si Kadir Jasin ni betul. Kadang - kadang apa yang dia tulis pun banyak yang tak betul dari betulnya. Apa dendam dia tak pasti la pulak.
Jika kita lihat dari satu sudut, tak mungkin Tun Mahathir akan buat perkara sedemikian. Kalau dibuat pun, ianya sudah pasti secara tertutup. Tapi ada mulut 'Longkang' yang saja nak bikin panas.
Kemungkinan besar orang yang dedahkan cerita tu kepada Si Kadir Jasin tu sebelum ini mempunyai niat tertentu untuk terus melaga - lagakan Tun Mahathir dengan Datuk Najib.
Mereka sendiri mungkin sedar, dengan kerjasama yang erat diantara kedua - dua tokoh itu membuatkan Kerajaan hari ini seolah - olah 'Untouchable' dan tidak boleh disentuh.
Siapa tau. Dunia Politik di Malaysia bahkan didunia ni memang begitu. Semuanya ada kepentingan peribadi dan sarat dengan agenda yang tersembunyi. Perkara itu tidak dinafikan.
Walaubagaimana pun, isu berkaitan dengan dana 1MDB ni semakin hari semakin diperbesarkan oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu demi untuk mendesak pihak Kerajaan.
Biar pun tidak secara terbuka, tetapi mereka cuba mengaitkan Perdana Menteri dalam isu tersebut memandangkan idea 1MDB itu cetusan dari YAB Perdana Menteri sendiri.
Maka sudah tentu isu itu akan dijadikan satu polemik Politik semata - mata bagi mengaitkan pentadbiran Kerajaan dengan urus-tadbir yang tidak kompeten pada ketika ini.
Persoalannya, adakah benar semua dakwaan yang dibuat? Siapa dalang yang membocorkan rahsia itu kepada Kadir Jasin sehingga dia dengan berani membuat pendedahan tersebut dilaman blognya sendiri?
Malah, isu itu juga perlu diberikan perhatian yang terperinci apabila ianya turut melibatkan kepimpinan diperingkat bawahan yang mahu isu itu disiasat oleh pihak berkuasa. Semuanya demi untuk wujud ketelusan didalam perlaksanaannya!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.