Isnin, Disember 01, 2014

Heh! Ingatkan Perdana Menteri je yang bengkak bila kena serang dengan blogger - blogger yang dilabelkan sebagai Bangang ni. Rupanya Si Mahfuz Bean tu pun sama juga.

Nampak gayanya Si Mahfuz Bean tu hilang akal dibuatnya bila acap kali diserang secara terbuka didalam laman media sosial termasuk melalui blog - blog yang sedia ada.

Kata Mahfuz, ianya bukan satu kesalahan untuk memberi sebarang pandangan yang berbeza dalam perkara yang benar. Tapi setidak - tidaknya, biarlah ada batasan.

Malah kata Si Mahfuz Bean, sebarang pandangan yang diberikan perlu dibuat dengan penuh rasa tanggungjawab dan tidak hanya sekadar bersandarkan kepada emosi dan hentam sembrono.

Tambah Si Mafuz Bean tu, setiap orang mempunyai latar belakang pendidikan yang berbeza. Maka sudah tentu cara berfikir dan bertindak juga berbeza dan tidak sama.
"Medium media sosial seperti Facebook, WhatsApp, Youtube itu sepatutnya dijadikan medan untuk kita menyerang musuh bukannya menembak sesama sendiri.


"Perbuatan memberikan gelaran, label yang buruk sesama kita juga adalah penyumbang ke arah kekeruhan dan ketegangan di dalam parti.," ucap beliau pada Sambutan Ulang Tahun PAS ke-63 di sini, hari ini.
Heh! Nampak gayanya, sedar jugak Si Mahfuz Bean tu mengenai status pendidikan dia ek. Kalau tidak takkan pulak dia bak sebut pasal latar belakang pendidikan tu dalam ucapan.

Dalam erti kata mudahnya, itu membuktikan bahawa jentera siber Pro UMNO ni buat kerja dengan cukup efektif sehingga mampu memberikan tekanan kepada orang lain.

Tekanan itu juga bukan sahaja dirasai oleh puka - puak Pakatan Haramjadah tu sendiri. Tapi termasuk dikalangan pemimpin - pemimpin UMNO sendiri.

Biarpun ada yang melabelkan jentera media siber Pro UMNO ni 'Bangang', ianya tidak melunturkan perjuangan mereka. Malah ianya menguatkan lagi semangat untuk terus menyerang Pembangkang. Sampai tahap, Si Mahfuz Bean tu hilang akal dibuatnya!!!

PS: Kalau pemimpin tak nak kena serang dalam media sosial, jangan buat kerja yang bukan - bukan!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping