Isnin, Disember 01, 2014

Jangan diikut perangai Si KeTUM...
Makin tua makin tak sedar diri!!! 
"Mungkin dia tak sedar, dalam diam ada orang sedang perli dia." Itu antara bisik - bisik nakal yang dibuat oleh beberapa orang sahabat baru - baru ini di Perhimpunan Agung UMNO.

Ceritanya mengenai 'Peremajaan Parti'. Tapi apa yang pasti, slogan itu hanya sekadar satu sindiran yang ditujukan kepada pucuk pimpinan UMNO supaya mereka sedar dengan diri sendiri.

Nak pulak bagi orang yang berada diatas pentas utama dan bercakap depan rostrum tu sendiri. Sindiran yang diberikan cukup sinis disampaikan dengan cara yang cukup berlapik. 

Jadi, tak heran la jika ada dikalangan perwakilan, termasuk pemimpin UMNO yang tersalah anggap dengan saranan yang diberikan bagi tujuan untuk meningkatkan keupayaan parti itu sendiri.

"Kalau kita baca kenyataan yang dikeluarkan oleh orang diperingkat bawahan pun kita faham maksud sindiran tu. Tapi macam mana pulak orang lain boleh tak sedar?" jelas mereka lagi.

Memetik kata - kata yang dikeluarkan oleh MUBARAK Terengganu, ahli Politik yang dah lama pegang jawatan bagi tempoh yang terlalu lama dalam parti perlu berundur demi kelansungan UMNO dimasa akan datang.

"Sebab itu dalam ucapan penggulungannya, dia hanya sekadar bercerita mengenai 'Roh' perjuangan sebagai contoh kepada gerakan 'Peremajaan Parti' tu sendiri.

Lagi pun, dalam ramai - ramai pemimpin yang berada diatas pentas tu, siapa yang paling lama pegang jawatan selain Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap?" soal mereka.

Artikel ini bukan dikeluarkan bagi meluahkan rasa kecewa dengan kenyataan yang telah dibuat. Tetapi hanya sekadar cuba nak memahami apa maksud definasi 'Peremajaan Parti' tu.

Tafsirannya berbeza - beza. Tidak ada maksud sebenar yang boleh menjelaskan apa yang cuba disampaikan. Bahkan pandangan berbeza juga diberikan oleh pemimpin - pemimpin UMNO sendiri.

Apa yang pasti, kita tengok la sejauh mana kesungguhan pemimpin - pemimpin atasan ni dalam merealisasikan agenda 'Peremajaan Parti' tu sebenarnya. Adakah mereka benar - benar komited dalam perlaksanaannya atau sekadar bercakap je tak tentu arah!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping