Isnin, Januari 26, 2015

Nah!!! Apa yang dikatakan sebelum ini terhadap Khalid Ibrahim kini mula menghantui Si Azmin Ali tu pulak selaku Menteri Besar Selangor. Kali ini disekitar kawasan dia sendiri.

Kedudukan projek Datum Jelatek dengan Dewan Undangan Negeri yang disandang oleh Si Azmin Ali tu terletak dalam satu kawasan Parlimen yang sama, iaitu Parlimen Ampang.

Tapi malangnya, tidak ada seorang pun wakil dari kalangan pemimpin, sama ada yang mewakili Menteri Besar atau pun Ahli Parlimen kawasan tersebut yang tampil meleraikan isu tersebut.

Apa yang jelas, kedua pemimpin - pemimpin tersebut dilihat hanya sekadar tutup mulut dan mendiamkan diri masing - masing apabila kawasan mereka sendiri dilanda masalah sedemikian rupa.

Jika dulu, puas puak - puak Pakatan Haramjadah tu menuduh Khalid Ibrahim dan melabelkan dia sebagai seorang Menteri Besar yang tak dengar suara rakyat diperingkat akar umbi.

Sekarang, adakah mereka akan membuat dakwaan yang sama terhadap Si Azmin dengan tuduhan yang sama, meminggirkan suara rakyat dikawasan tersebut dan tidak mengambil sebarang tindakan?

Apa yang pasti, keGAGALan Si Azmin Ali ni nak menonjolkan diri sebagai 'Jokowi Selangor' tidak kesampaian kerana sikap sombong dan bongkak dirinya sendiri. Dia jelas GAGAL untuk memenuhi kehendak dan terus meminggirkan suara rakyat secara terang - terangan!!!
KUALA LUMPUR, 25 Jan - Hampir 1,000 orang termasuk penduduk di Taman Keramat di sini berhimpun mengadakan bantahan bagi mendesak projek pembangunan Datum Jelatek di taman itu dihentikan.

Pengerusi Badan Bertindak Datum Jelatek, Salleh Samad berkata projek hartanah itu didakwa ditawarkan kepada warga asing dari China, Singapura dan Indonesia.

"Ia terbukti melalui artikel dalam sebuah majalah perniagaan pada 1 Sept 2012 yang mengatakan projek ini ditawarkan kepada pelabur di tiga negeri terbabit, kalau betul projek ini untuk penduduk Keramat, kenapa promosi dilancarkan sehingga ke luar negara," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam perhimpunan itu, sekumpulan penduduk cuba merobohkan pagar penghadang keselamatan di tapak projek itu, namun dihalang pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya dan Hulu Kelang.
Categories: ,

5 ulasan:

  1. Selangor DE, selangor dap empire sekarang kerajaan BN akan datang kerajaan DE selangor. Kalau malu d letak. Gb

    BalasPadam
  2. Nak buat macam mana .. YANG DIATAS DAH KENYANG ..BOROI..!!!

    BalasPadam
  3. Tukar pada BN aje....

    BalasPadam
  4. Hadiah untuk rakyat selangor dari pkr

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping