Adakah PKR ketandusan pemimpin yang bijak seperti Si Nik Abduh ni? Adakah mereka hanya sekadar bergantung kepada Raja Spekulator seperti Si Rafizi tu sahaja untuk hidup?
Biarpun berlainan ideologi, setidak - tidaknya, Si Nik Abduh ni tak merepek memberikan alasan yang bukan - bukan bila harga minyak naik dan turun. Dia tak mengarut tak tentu arah.
Tak la dia bagi alasan yang jelas hanya sekadar menipu dan cuba nak memperdayakan rakyat seperti mana yang dilakukan oleh Si Rafizi Ramli tu sebelum ini. Jelas, tindakan yang dilakukan oleh Si Nik Abduh ni jauh lebih bermaruah dari manusia seperti Si Rafizi Ramli!!!
Dunia hari ini sudah pasti akan memfokuskan kepada dasar luar dan polisi semasa Arab Saudi kerana ia akan memberi kesan kepada kedudukan pengeluaran dan harga minyak mentah dunia pada hari ini.
Perbincangan mengenai pengeluaran minyak mentah dunia dan organisasinya yang bertanggungjawab (OPEC) – dengan Arab Saudi sebagai negara utamanya – tidak hanya berkait soal ekonomi semata-mata, malah, segala percaturan yang berlaku adalah disebabkan faktor politik-ekonomi secara lebih mendalam.
Negara yang bergantung dengan hasil eksport minyak ini juga menjadi mangsa harga minyak mentah dunia yang rendah dan dalam masa yang sama bercadang untuk bersama Venezuela yang juga anggota OPEC untuk menstabilkan kembali harga minyak pada tahun ini.
Hubungan tegang Rusia, Iran dengan negara-negara barat terutamanya US dipercayai sebagai faktor utama berlakunya keadaan sedemikian.
Rusia musuh lama kepada US sejak dari Perang Dingin bermula manakala Iran adalah negara yang boleh mengancam keselamatan dan penguasaan US di Timur Tengah dan permusuhan itu bermula sejak penggulingan kuasa pemerintah pro-barat Shah Iran pada 1979.
Percaturan kuasa-kuasa besar dunia terhadap pengeluaran harga minyak telah memberi kesan drastik kepada ekonomi domestik di negara seluruh dunia dan Malaysia tidak terkecuali daripada menerima serpihannya.
Penstrukturan bajet oleh kerajaan kita membuktikan keadaan tersebut. Namun, persoalan yang belum terjawab, sampai bilakah Arab Saudi mampu bertahan?
Saat artikel ini ditulis, Arab Saudi kini diambang politik baru dengan mangkatnya Raja Saudi, Raja Abdullah bin Abdul Aziz. Polisi politik dan ekonomi mungkin berubah lagi dan warga dunia terus berada dalam kancah percaturan kuasa-kuasa besar yang saling bercakaran. - seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.