Khamis, Januari 22, 2015

Ada seorang sahabat tunjuk video lama seorang Ostad yang cukup popular ni sedang memberi ceramah, cerita pasal 'Lampu Merah' dan tabiat orang di Malaysia ni.

Setelah diterjemahkan kepada bahasa Melayu, kisahnya bermula begini: Disebuah persimpangan 4, ada sebuah lampu isyarat. Semua orang tau lampu isyarat kan? Ada tiga lampu.

Kalau lampu hijau, jalan. Satu dunia pakai lampu hijau, tak de lampu biru. Kalau lampu kuning, bersedia untuk berhenti. Kalau lampu merah, semua orang perlu menghentikan kenderaan.

Tapi, ada jugak yang tak berenti walaupun lampu merah. Menteri tak berenti, kata Pak Ostad tu tadi. Menteri dia lalu jugak biar pun lampu isyarat tu warna merah. Siap tahan kereta lagi.

Tapi, Menteri pun kena berenti jugak bila Sultan lalu. Semua orang kena berenti sebab Sultan ni kedudukan dia lebih tinggi dari Menteri. Jadi, Menteri kena hormat pada Sultan kata Pak Ostad tu.

Tapi, Sultan pun kena berenti bila Lembu lalu. Maka lembu tu lebih besar kedudukan dia dari orang lain. Lembu tu tak reti dan tak tau pun lampu isyarat tu merah atau pun tidak. Maka sebab itu dia jalan jugak.

Kiranya Pak Ostad tu nak perli Menteri dan Sultan sebab tak reti menghormati Lampu Isyarat. Itu yang cuba disampaikan oleh Pak Ostad tu tadi dengan mengaitkan cerita pasal Lembu tu.

Tinggal lagi, ada jugak yang lebih besar dari Lembu tu yang Pak Ostad lupa nak sebut. Diri dia sendiri. Tahan jugak la Lembu tu tak tau pasal 'Lampu Isyarat' tu. Yang Pak Ostad tu jalan jugak kenapa?
Dah tak pasal - pasal je Pak Ostad langgar kereta orang awam sebab dia sendiri tak reti nak hormat pada lampu isyarat. Sekarang siapa yang lagi bodoh? Pak Ostad tu ke atau Lembu?

Kesimpulannya, tak salah kalau kita nak mengajar ilmu kepada orang lain. Sebar la ilmu tu biarpun sepotong ayat sekali pun. Tapi Pak Ostad jangan la sampai lupa diri. Sebelum kita nak ajar orang lain, kita sendiri kena ikut apa yang kita ajar. Kalau tidak, baik tak payah!!!
Categories:

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping