Khamis, Januari 29, 2015

Hehehe!!! Takut nak sahut cabaran ke puak - puak DAPigs ni sampai tahap mereka terpaksa keluarkan kenyataan simpati seperti yang disiarkan dalam laman media hari ini? Memalukan!

Jika sebelum ini, Si Mustafa Ali selaku Setiausaha Agung PAS Pusat mencabar Guan Eng agar diadakan sesi debat secara terbuka berhubung isu Pilihan Raya PBT bagi menentukan siapa yang bercakap benar.

Ianya berikutan dakwaan yang dibuat oleh Si Guan Eng tu yang menuduh Presiden PAS, Hadi Awang serta Mustafa Ali cuba memutar-belitkan fakta berkaitan dengan isu tersebut sebelum ini.

Kata Si Guan Eng, isu berkaitan dengan Pilihan Raya PBT yang dicadangkan oleh DAPigs sebelum ini telah mendapat persetujuan melalui panggilan telefon yang dibuatnya kepada pemimpin tersebut.

Atas dakwaan tersebut yang membuatkan Si Mustafa Ali tampil mencabar Si Guan Eng agar diadakan sesi debat secara terbuka dan membiarkan rakyat membuat penilaian mereka sendiri.

Malangnya, puak - puak DAPigs tu dilihat TAKUT nak menegakkan Kebenaran. Maka sebab itu mereka tidak mengambil sebarang tindakan seperti mana yang biasa dilakukan sebelum ini. (klik sini)

Sebaliknya, puak - puak DAPigs tu menyerang semula cabaran yang dikemukakan oleh Pak Mus dan menuduh PAS cuba nak 'Membakar Jambatan' hubungan yang dijalinkan diantara kedua - dua parti tersebut.

Setiausaha Pengelola DAPigs, Anthony Loke hari ini mengeluarkan kenyataan sedemikian sambil menuduh PAS cuba nak memecah-belahkan hubungan Pakatan Haramjadah tu dari dalam.

Disamping mempertikaikan cabaran yang dikemukakan oleh PAS sebelum ini, Si Anthony Loke tu juga turut menyatakan isu berkaitan Pilihan Raya PBT itu perlu dibincangkan dalam mesyuarat MPP.
"Ini perlu diselesaikan dalam mesyuarat bersama dan debat merupakan pilihan terakhir untuk membincangkan isu tersebut," katanya selain turut meminta Mustafa untuk menasihati pimpinan PAS supaya menghadiri mesyuarat PR daripada mencabar diadakan debat terbuka.
Nah! Nampak sangat yang Si Anthony Loke ni cuba nak menutup kemaluan partinya dan membodohkan dirinya sendiri. Dia bukan tak tau yang isu tersebut tidak pernah dibangkitkan dalam mesyuarat MPP.

Sekiranya isu Pilihan Raya PBT itu dibangkitkan sekali pun, sudah pasti suara bantahan dari PAS tidak akan dipedulikan sama ada oleh DAPigs atau pun dari kalangan PKR sendiri.

Sebaliknya, keputusan didalam mesyuarat itu akan sudah pasti akan menetapkan "Setuju Untuk Tidak Bersetuju" berhubung isu tersebut dan PAS akan dipaksa untuk akur dengannya.

Jadi, apa gunanya jika isu tersebut dibawa dalam mesyuarat tersebut jika ianya hanya memberikan kelebihan serta keutamaan kepada sebelah pihak sahaja? Tidakkah itu berat sebelah namanya?

Kesimpulannya, puak - puak DAPigs ni hanya setakat pandai menuduh orang lain secara membabi buta dan takut nak sahut cabaran yang dikemukakan. Maka sebab itulah diorang meroyan tak tentu arah dan cuba melindungi kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. sama2 acah mengacah saja tu....main tarik2 tali....sama2 kaki tipu...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping