Hah! Si Saifuddin Nasution tu nak kata apa lagi sedangkan dikalangan pemimpin PKR sendiri pun yakin bahawa parti itu mampu untuk bertahan biarpun tanpa kepimpinan Si Ketua Penipu tu.
Jika sebelum ini, Si Azmin Ali merangkap Timbalan Presiden PKR tu pernah meluahkan perkara yang sama. PKR katanya sudah tidak perlu agenda Politik yang berpaksikan kepada individu.
Sekiranya parti itu mahu bergerak ke hadapan, maka mereka perlu keluar dari fahaman 'Anwar Centric' yang selama ini menjadi tunjang perjuangan parti tersebut. PKR perlu lebih 'People Centric'.
Maka sebab itu ada dikalangan rakyat diperingkat bawahan menyatakan bahawa Si Ketua Penipu tu sudah tidak lagi relevan dalam kancah Politik Malaysia. Dia sudah tidak diperlukan.
Bahkan, jika kita lihat sejak kebelakangan ini, peranan Si Ketua Penipu tu untuk menangani beberapa isu dalam Pakatan Haramjadah tu sendiri pun seolah - olah tidak diperlukan lansung.
Maka tak heran la sekiranya Si Joe Bedul tu tampil dan menyatakan bahawa PKR mampu untuk meneruskan perjuangan mereka biarpun tanpa penglibatan Si Ketua Penipu tu secara lansung.
"Semasa kita tubuhkan BA, Wan Azizah merupakan Presiden parti. PKR, DAP dan PAS melalui masa-masa sukar ketika itu, tapi kita berjaya laluinya. Mana-mana gabungan juga berdepan masalah, ini soal bagaimana kita selesaikan masalah. Beri kita masa, Wan Azizah mampu atasinya. Beliau tidak berseorangan, ramai pihak di kiri kanannya," katanya di sidang media parti itu, pagi tadi.
"Kita mampu boleh mendepani cabaran ini, dan tiada istilah pandang belakang. Saya pasti walau apapun, kita kena serah kepimpinan dan perubahan perlu berlaku. Jadi kita perlu bersedia dari segi fizikal dan mental. Dan jika Anwar dipenjarakan, saya pasti lapisan kepimpinan akan menggalas tanggungjawab dan teruskan perjuangan," tegasnya lagi.
"Kita mendoakan Anwar bebas, namun jika sebaliknya perubahan dan reformasi mesti berlaku. Rakyat mesti bangun dan buat keputusan dan terus melakukan pembaharuan sebab negara ini milik kita. Kita ada hak terhadap perjalanan negara ini," ujarnya lagi.
Jika dipandang dari satu sudut, kenyataan Si Joe Bedul tu memperlihatkan bahawa PKR pada ketika ini pun sedang bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan dimasa akan datang.
Malah mereka juga sedang melengkap diri untuk dipimpin tanpa Si Ketua Penipu tu. Dan sebab itu juga beberapa masalah dalaman parti pun tak dirujuk kepada Si Ketua Penipu tu sendiri.
Kesimpulannya, dunia Politik di Malaysia hari ini sudah tidak lagi memerlukan seorang manusia bernama Anwar Bin Ibrahim. Kehadiran dia hanya sekadar menyemak dan menyesakkan orang lain. Memang patut sangat la dia dihumban ke dalam penjara!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.