Inilah masalahnya dengan Si Menteri Besar Selangor yang baru tu. Naik jadi MB pun dah la dengan cara mengkhianati Presiden parti sendiri. Sekarang, tak nak pulak dia terima kenyataan.
Seperti mana yang kita sedia maklum, Si Menteri Besar Selangor yang baru tu sedaya upaya cuba nak menghindarkan 'Kontroversi Tak Diundang' bagi memastikan dia ada imej yang lebih baik.
Tapi hakikatnya, hasrat yang ingin dicapai oleh Si Menteri Besar Selangor yang baru tu takkan kesampaian. Sebaliknya, dia perlu berhadapan dengan Realiti rakayt di negeri itu sendiri.
Klik untuk besarkan imej... |
Menguruskan rakyat ni bukannya satu kerja yang mudah. Nak pulak kalau nak menguruskan rakyat satu Negeri. Sedangkan dalam kawasan DUN pun dia tak mampu nak urus, inikan pulak satu Negeri.
Mungkin Si Azmin tu ingat, cara nak menguruskan rakyat di Negeri Selangor tu sama macam mana dia layan Pencacai - Pencacai dalam parti dia selama hari ini. Jolok je terus diam.
Rakyat di Selangor tu tak semudah itu untuk diperkotak - katikkan. Malah rakyat Malaysia hari ini semakin hari semakin bijak untuk membuat penilaian mereka sendiri terhadap Politik.
Jadi, tak payah la Si Azmin tu nak memperlekehkan suara rakyat yang ada diperingkat akar umbi. Jangan la dia anggap bila rakyat tu bersuara, semuanya untuk merosakkan imej dirinya sendiri.
Sebaliknya sebagai seorang pemimpin, Si Azmin tu sendiri perlu berani untuk menghadapi dugaan. Bukannya membuat dakwaan yang bukan - bukan terhadap rakyat dibawah pentadbiran Rejimnya sendiri.
Jika sebelum ini, boleh pulak Si Azmin tu bersekongkol dengan agenda 'Langkah Kajang' dan mempergunakan agenda tersebut demi kepentingan dirinya sendiri untu menyerang Khalid Ibrahim.
Ketika itu, tak de pulak isu berkaitan dengan 'Orang Luar' yang timbul apabila mereka menuduh Khalid Ibrahim tu tak mendengar suara rakyat diperingkat akar umbi berhubung beberapa isu.
Tak de pulak Si Azmin tu nak buat dakwaan kononnya ada orang luar yang cuba mempengaruhi bantahan yang dibuat oleh rakyat terhadap beberapa projek yang dicadangkan sebelum ini.
Jadi, adakah wajar untuk Si Azmin Ali tu membuat dakwaan terhadap penduduk disekitar kawasan projek Datum Jelatek tu dipengaruhi oleh orang luar? Kalau dia sendiri yang TAKUT nak berdepan dengan rakyat, jangan la buat dakwaan yang bukan - bukan pulak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.