Kalau ikut pandangan puak - puak Pakatan Haramjadah tu, memang itu alasan yang akan diberikan apabila ditanya kenapa Si Ketua Penipu tu pilih untuk serang Tun Daim secara terbuka.
Mereka akan kata yang Tun Daim selaku kroni kepada Tun Mahathir susah untuk ditumbangkan. Tetapi sebaliknya, Datuk Seri Najib lebih mudah untuk dieksploitasikan dalam percaturan Politik.
Kalau ikut pandangan yang diberikan oleh Si Kadir Jasin melalui artikel yang dipaparkan dalam laman blog dia sebelum ini, perkara itu jelas dinyatakan sebab musababnya dengan ringkas.
Kata Si Kadir Jasin tu, dalam perjuangan Politik tidak wujud sebarang musuh kekal. Yang ada hanya Politik yang mengutamakan kepentingan bersama. Dan tindakan itu yang diambil oleh Si Ketua Penipu tu.
“Kalau Anwar boleh berkasih-kasihan dengan Dr Mahathir selama 16 tahun dalam UMNO dan kerajaan, tidaklah mustahil bagi Anwar bercumbu-cumbuan dengan Mohd Najib. Kalau ini permainan catur, Anwar pasti tahu Mohd Najib lebih mudah dimakan berbanding Dr Mahathir dan Daim,” tulisnya.
Soalnya, kenapa Si Ketua Penipu tu sanggup menjilat ludah dia sendiri dan mula bersekongkol dengan 'Janda Lama' yang selama ini dikutuk dan dihina diatas pentas - pentas Politik?
Sudah pasti jawapannya, untuk menjaga kepentingan Politik Peribadinya sendiri. Siapa tau apa perancangan yang sedang dicaturkan oleh Si Ketua Penipu tu demi untuk menyelamatkan dirinya.
Ada yang kata, Si Ketua Penipu tu sedang mencari 'Leverage' untuk digunakan bagi mengelakkan dirinya dipenjara atas tuduhan meliwat Si Saiful Bukhari yang bakal diumumkan tak berapa lama lagi.
Tapi, adakah pentadbiran yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib sanggup berkompromi dengan perkara sedemikian atas dasar yang sama seperti apa yang dilakukan oleh Si Ketua Penipu tu?
Kalau Si Ketua Penipu tu, kita boleh faham yang dia hanya sekadar berjuang demi untuk memastikan kepentingan Politik Peribadinya terpelihara 'At All Cost'. Bagaimana pula dengan yang lain?
Hakikatnya, Si Ketua Penipu tu sanggup melakukan apa sahaja demi untuk mencapai tujuan serta matlamat peribadinya sendiri. Dia bukannya peduli sangat dengan apa yang berlaku pada orang lain. Jadi, jangan ada yang terjerat dalam perangkap Si Ketua Penipu tu sudah la!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.