Alamak!!! Kenapa pulak Si Hatta Ramli yang didakwa sebagai 'Munafik Haraki' oleh puak - puak PAS tu buat kenyataan sebegini? Kenapa dia sanggup memalukan dirinya tak tentu pasal?
Jika sebelum ini, ada dikalangan puak - puak PAS tu sendiri mendakwa Si Hatta Ramli ni sebagai dalang disebalik gerakan untuk menjatuhkan Hadi Awang sebagai Presiden PAS Pusat.
Bahkan, mereka mempunyai bukti yang kukuh didalam dakwaan yang dibuat. Namun, sehingga hari ini Si Hatta Ramli tu TAKUT nak ulas pendedahan yang telah dibuat kepada umum.
Rata - rata dikalangan ahli - ahli PAS mula melihat tindak tanduk Si Hatta Ramli ni memang ada unsur - unsur sedemikian. Dia memang nampak sangat Pro pada Si Ketua Penipu tu.
Maka kemungkinan SI Hatta Ramli ni menjadi BARUA untuk menjahanamkan PAS secara dalaman memang wujud. Jika tidak kenapa pulak dia beria - ia benar pertahankan Si Ketua Penipu tu?
Perkara tersebut bukan sahaja dapat dilihat dari kenyataan yang dibuat dibawah. Malah kepercayaan yang diberikan oleh keluarga Si Ketua Penipu tu sebelum ini pun dianggap 'Luar Biasa'.
Kenapa dalam ramai - ramai orang, Si Hatta Ramli tu yang diberikan kepercayaan untuk memimpin gerakan kempen pembebasan Si Ketua Penipu tu? PKR dah ketandusan pemimpin ke?
Persoalan itu sahaja membuktikan bahawa Si Hatta Ramli ni memang boleh dianggap sebagai Pengkhianat didalam PAS yang perlu disingkirkan. Biar lantak la dia nak jadi Pencacai dalam PKR kalau itu yang dia rasa lebih baik untuk diri dia!!!
KUALA LUMPUR: Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli menggesa Umno-Barisan Nasional (BN) konsisten dalam pendirian mereka untuk tidak meletakkan calon di DUN Chempaka selepas penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal Khamis lalu.
Tambah Hatta, langkah yang sama perlu diambil BN di Permatang Pauh selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan selama lima tahun.
"Jika mereka rasa tak perlu bertanding di Chempaka, maka mereka kena fikirkan juga di Permatang Pauh seperti mana mereka tidak letak calon di Bukit Gelugor.
"Pendirian kena konsisten. Kami bersedia menghadapi pilihan raya dan yakin bahawa di Chempaka rakyatnya sudah lama berada di bawah pimpinan Nik Aziz, maka mereka tidak mudah melupakan jasa beliau. Kita boleh ulangi kejayaan seperti pilihan raya lalu dan mungkin keadaannya lebih baik," katanya lagi.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.