Disebalik kehangatan isu pembatalan projek pembinaan lebuh raya Kidex pada ketika ini, ada satu lagi perkara yang menjadi tanda tanya dikalangan rakyat. Terutama sekali bagi ahli - ahli PKR.
Mereka semua sedang menduga, adakah Si Azmin Ali tu sedang menghitung 'Hari Edah' dan merancang gerakan seterusnya dalam diam - diam? Apa yang sebenarnya sedang dilakukan?
Jika sebelum ini, Si Azmin tu juga pernah didakwa oleh Ahli PKR yang digantung dengan tuduhan kononnya dia merancang untuk merampas jawatan Menteri Besar Selangor dari Wan Azizah.
Perkara tersebut didedahkan oleh Si Chagubard sambil mempertikaikan kenapa perbuatan Si Azmin Ali itu tidak dikenakan sebarang tindakan disiplin kerana engkar dengan arahan parti.
Maka tak salah sekiranya ada dikalangan rakyat serta ahli - ahli PKR tu sendiri tetap beranggapan skeptikal terhadap tindak tanduk yang dilakukan oleh Si Azmin Ali tu sejak kebelakangan ini.
Khabar angin mengatakan Si Azmin Ali tu yang paling layak menggantikan Si Ketua Penipu tu sebagai Ketua Pembangkang tidak dapat dinafikan lagi. Dan kemungkinan itu memang wujud.
Bahkan ada juga yang berpendapat, tindakan dia membatalkan projek pembinaan lebuh raya Kidex itu adalah sebagai satu helah untuk mengaburi mata rakyat dari mengetahui rancangan sebenarnya.
Jika tidak, kenapa pulak Si Azmin Ali tu sanggup membatalkan projek tersebut tanpa menjelaskan syarat - syarat yang dikatakan gagal dipenuhi oleh syarikat konsesi berkenaan?
Malah, alasan dengan mengatakan rakyat sendiri membantah pembinaan projek tersebut juga tidak masuk akal sedangkan masih ramai lagi yang menyokong projek tersebut diteruskan.
"SHAH ALAM: Pembatalan projek Lebuhraya Damansara-Kinrara (Kidex) seperti diumum Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali pada Isnin, mengecewakan penduduk sekitar Petaling Jaya kerana pembinaan lebuh raya itu mampu mengurangkan kesesakan trafik di kawasan berkenaan." lapor mStar
Kalau betul Si Azmin Ali tu prihatin dengan suara rakyat, kenapa pulak dia tidak mengendahkan lansung bantahan yang disuarakan oleh rakyat mengenai projek pembinaan Datum Jelatek?
Jelas, persoalan - persoalan itu membangkitkan lagi kecurigaan rakyat terhadap Rejim yang dipimpin oleh Si Azmin Ali tu pada ketika ini. Mereka tetap beranggapan yang Si 'Jokowi Selangor' tu ada 'Udang Disebalik Batu'!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.