Ahad, Februari 15, 2015

Sambil memperlihatkan penyakit 'Sindrom Penafian' yang cukup kronik, Si Khalid Samad tu dilihat masih lagi cuba untuk memperdayakan rakyat dengan pembohongan secara terang - terangan.

Hakikatnya, tindakan Si Khalid Samad tu dilihat jauh berbeza dengan apa yang diluahkan oleh Si Mujahid dalam satu forum yang diadakan sebelum ini dimana Pakatan perlu menghentikan tindakan sedemikian.

Persoalannya, kenapa Si Khalid Samad tu dilihat terlalu tergesa - gesa mahu membuat kesimpulannya sendiri dan tuduhan melulu sebelum sebarang siasatan dijalankan oleh pihak Polis?

Kenapa dia menggelupor sangat dan menjadi terlalu emosi apabila kejadian itu berlaku hari ini? Dan adakah tuduhan yang dibuat itu mempunyai bukti yang kukuh atau sekadar fitnah semata - mata?

Umum mengetahui bahawa Si Hatta Ramli itu mengundang sendiri masalah kepada dirinya setelah dilabelkan sebagai Munafik Haraki dan didakwa menjadi dalang menggulingkan Presiden PAS.

Yang buat dakwaa tu pulak bukannya orang luar. Yang mengadakan sesi demonstrasi serta bantahan didepan Ibupejabat PAS Pusat sebelum ini pun bukan orang luar. Bahkan mereka ada jawatan dalam parti.

Jadi, adakah Si Khalid Samad tu cuba hendak menafikan kemungkinan kejadian niat mahu membakar kenderaan Si Hatta Ramli itu juga dilakukan oleh mereka yang dari kalangan PAS itu sendiri?

Atau adakah Si Khalid Samad tu cuba nak mendakwa sesi demonstrasi dan bantahan yang dibuat sebelum ini juga merupakan kerja - kerja 'Orang Luar' yang sengaja mahu mengambil kesempatan?

Pesan SH buat Si Khalid Samad ni mudah je. Bawak - bawak la sedar diri dan kembali la ke dunia nyata. Jangan la asyik alpa dalam dunia dia sendiri. Belajar terima Kebenaran. Jangan asyik nak anggap diri lebih baik dari orang lain!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Macham2 kemungkinan ada...tanya methodology bukit aman..short circuit pon boleh jadi..orang lain bakar pun boleh jadi dan sendiri bakar pun boleh jadi..

    BalasPadam
  2. Macam-macam kemungkinan ada...tanya methodology bukit aman..short circuit pun boleh jadi..orang lain bakar pun boleh jadi dan sendiri bakar pun boleh jadi..

    EJAAN BAHASA MELAYU HENDAKLAH BETUL ....... IA DIGUNAJAN DI SELURUH NUSANTARA (MALAYSIA / SINGAPURA / BRUNEI / INDONESIA).

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping