Jumaat, Februari 13, 2015

PADA malam Jumaat, penghulu segala hari bertarikh 12 Februari 2015 telah ditakdirkan seorang tokoh agamawan, ilmuan dan ahli politik yang disegani ramai dijemput menemui penciptaNya.

Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 9.40 Khamis malam sebaik sahaja tiba di rumahnya di Pulau Melaka, Kota Baru, Kelantan selepas dibenarkan pulang daripada Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

Nik Abdul Aziz meninggal pada usia 84 tahun. Beliau dilahirkan pada 10 Januari 1931 di Kampung Pulau Melaka. Pemergian Nik Abdul Aziz buat selama-lamanya sudah pasti meninggalkan kesan besar kepada negara.

Sejak 1967, beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen (MP) Kelantan Hilir (kini Pangkalan Chepa) berikutan kematian Ahmad Abdullah dan menyandang jawatan tersebut selama 19 tahun sebelum berpindah untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api (kini Chempaka) pada 1986.

Dalam sejarah politiknya sebagai MP, Nik Abdul Aziz pernah menjadi wakil tunggal PAS di Parlimen iaitu antara 1983 hingga 1986.

Sekadar mengimbas kembali beberapa kenyataanya yang sering menghangatkan dunia politik negara, Nik Abdul Aziz pernah mengemukakan kiasan "Tak salah berkawan dengan syaitan" bagi menjustifikasikan kerjasama politik antara PAS dan DAP.

Walaupun ada kalanya kenyataan kontroversi yang diungkapnya meletakkan PAS dalam situasi yang merumitkan, Nik Abdul Aziz sangat tenang mematahkan hujah dan kritikan lawan politiknya.

PAS sendiri kini kehilangan seorang Mursyidul Am yang begitu banyak memainkan peranan dalam urusan pentadbiran dan hala tuju parti itu khususnya 'tahaluf siyasi' atau kerjasama politik parti itu dengan DAP dan PKR.

Ternyata Nik Abdul Aziz ibarat lagenda politik yang tiada galang ganti dan tentunya terlalu awal untuk meletakkan anak lelakinya, Nik Mohamad Abduh yang juga MP Pasir Mas sebagai pemimpin yang mampu menyamai kepimpinan ayahnya.

Di Kelantan sendiri, penggantinya Datuk Ahmad Yakob sebagai Menteri Besar masih belum teruji sepenuhnya.

Harus diingat, 'faktor Nik Aziz' sejak sekian lama berjaya mengekalkan penguasaan PAS di Negeri itu, manakala nasib PAS di Kelantan di tangan Ahmad hanya akan diuji pada PRU-14 akan datang. Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan beliau dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah...
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping