Alahai! Apa la yang nak diherankan sangat dengan Si Mahfuz Bean tu bila setiap kali dia bukak mulut? Memang sejak dari dulu lagi mulut dia ni memang bau macam longkang tersumbat.
Apa yang dia perkatakan semuanya ikut sedap perut dia je. Yang dia fikir hanya bab makan. Kalau ajak dia makan, laju la dia datang. Tapi kalau suruh dia buat kerja, haram dia nak buat.
Kalau setakat bercakap je tanpa sebarang tindakan yang sewajarnya dilakukan, apa guna? Lepas tu bercakap pulak benda yang mudah sangat untuk orang bidas dan jawab balik secara terbuka.
Terbaru, Si Mahfuz Bean tu membuat dakwaan kononnya pihak Kerajaan yang gagal mengawal kenaikkan harga barang keperluan harian di Negara ini. Terutama harga barang kawalan.
Membidas kenyataan tersebut, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menganggap kenyataan Si Mahfuz Bean tu tidak mengikut perkembangan semasa dunia.
“Kalau ikut cakap dia (Mahfuz) seluruh dunia lah gagal macam tu, sebab seluruh dunia ketika ini mengalami kenaikan harga barang…ianya satu fenomena global. Cuba suruh dia sebut negara mana yang turun harga barang,” katanya pada sidang media.
Jelas Datuk Ismail Sabri lagi, tindakan Si Mahfuz Bean tu hanya memalukan dirinya sendiri apabila Rejim dibawah pentadbiran Pakatan Haramjadah tu sendiri pun tak de melakukan apa - apa tindakan.
Katanya, pihak Kerajaan Pusat tidak pernah menghalang mana - mana Negeri untuk memberikan peruntukan atau pun subsidi tambahan bagi membantu menurunkan harga barang kawalan tersebut.
“Suruhlah negeri pembangkang buat, turunkan harga, dia kena supportla penjual nasi kerabu, nasi dagang, mahu bagi duit ke atau subsidi, kita tak sekat tapi akhirnya dia tak akan buat apa-apa…cakap lebih mudah dari melakukan,” katanya.
Kesimpulannya, Si Mahfuz Bean tu hanya sekadar tau bercakap je. Tapi nak suruh dia ambik tindakan membantu menurunkan harga barang, jangan harap la!!! Kalau setakat bercakap je, baik tak payah! Buat mengabihkan masa je!!!
Aku sokong kenyataan Dato' Seri Ismail Sabri tentang boikot terhadap peniaga-peniaga yang tak turunkan harga barang kerana tamak.
BalasPadamDalam pada itu betul juga saranan Mahfuz...TNB/SPAD apa ceritanya. Kalau di Indonesia bila saje diumumkan penurunan harga petrol dan diesel, pengusaha kenderaan awam terus menyahut dengan penurunan tambang. Pengusaha kita di negara ini ada buat. SPAD ada panggil jawatankuasa pengusaha2 ini berunding untuk menurunkan tambang.
TNB naikkan tarif letrik disebabkan harga petrol dan diesel naik secara tak lansung kos operasi meningkat. Ni ...bila harga petrol dan diesel dah turun 2X tahun 2015, apakah kos operasi tak menurun?